Dua Individu Ditahan Polis Disyaki Seludup Abu Mayat Chin Peng

KUALA LUMPUR 25 Sept - Dua lelaki ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kerana disyaki menyeludup abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Individu berkerakyatan Thailand dan warganegara Malaysia dari Pulau Pinang tersebut ditahan malam tadi sejurus selepas kapal terbang dari Thailand menggunakan penerbangan Thai Airways mendarat.

Kedua-dua individu tersebut kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bayan Baru dan kesemua barangan suspek termasuk bagasi dirampas.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi, pihaknya kini masih menjalankan siasatan bersama pegawai tertinggi di peringkat pusat.

Hadir sama dalam sidang media tersebut, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Asst Komisioner Nasir Salleh, Ketua Polis Daerah Balik Pulau Superitenden Mohd Hatta Mohd Zain dan Ketua Polis George Town Asst Komisioner Gan Kong Meng.

Kira-kira jam 9.55 malam tadi, kelihatan kehadiran anggota polis yang ramai dikawasan ketibaan lapangan terbang termasuk anggota berpangkat atasan menimbulkan spekulasi bahawa kedua-dua individu yang ditangkap cuba untuk membawa masuk abu mayat Chin Peng ke dalam negara.

Menurut sumber polis, kedua-dua individu tersebut juga menghadiri majlis pengkebumian Chin Peng di Thailand dan membawa beberapa barang kenangan berkaitan bekas pemimpin komunis tersebut.

Rakyat tempatan yang ditahan dipercayai adik kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana