DUA DARI EMPAT MELAYU DALAM GAMBAR INI SOKONG KRISTIAN KONGSI KALIMAH ALLAH DENGAN MUSLIM! DUA LAGI MENENTANG..

Mereka sedang bersidang di satu forum, bagi membahas samada Kristian boleh pakai kalimah Allah atau tidak..Dua dari mereka buat fitnah konon hanya di Malaysia saja Allah bukan milik semua.

Admin tak perlu kasi tau nama2 mereka, anda sendiri tahu siapa mereka ini..

Alang Pelikat Laporan Malaysia Insider bahawa "hanya di Malaysia Allah bukan milik semua" adalah tak betul.

Hanya di INDONESIA, 22 BUAH NEGARA ARAB, MALAYSIA TIMUR (Sabah dan Sarawak) dan MALTA saja Allah adalah milik semua. Di negara2 ini, Kristian pakai nama "Allah".

Di bahagian timur Malaysia pula, pribumi Kristian Sabah-Sarawak sudah pakai kalimah Allah sejak 1920an apabila gerakan Kristianisasi dimulakan oleh SIB (Sidang Injil Borneo) yang berpusat di Australia waktu itu.

Tapi Kristian di negara2 dan wilayah2 ini hanya 40 JUTA ORANG, OUT OF 2000 JUTA Kristian di dunia.

Ini bermakna 1,960 JUTA KRISTIAN di Eropah (Sepanyol sampai Russia), Amerika Utara (Canada, US), Latin Amerika (Mexico sampai Argentina), Filipina, Kepulauan Pasifik (Papua sampai Rapa Nui) dan lain2 TAK MAHU dan TAK PERNAH pakai kalimah Allah..

Majoriti penganut Kristian dunia juga ada konsep "akidah Kristian".

Mereka anggap bahawa Allah itu Tuhan Islam kerana ia bermaksud Tuhan tanpa Trinity, sedangkan Kristian percaya pada Trinity. Majorti Kristian dunia anggap akan rosak akidah Kristian kalau pakai Allah kerana ini membawa maksud Kristian menolak Trinity..

Percubaan untuk mempopularkan kata "Allah" dikalangan Kristain Eropah, Amerika Utara dan Latin Amerika oleh seorang padri BELANDA gagal keraan Dunia Kristian UNANIMOUSLY/SEBULAT SUARA reject dan tolak kata Allah untuk nama Tuhan Kristian sebagai bercanggah dengan akidah Kristian..

Filipina, yang sangat hampir dengan Malaysia dan Indonesia, yang 90% dari 100 juta penduduknya adalah Kristian, sampai kini TAK MAHU pakai kata Allah untuk nama Tuhan Kristian, sedangkan Indonesia yang Kristian cuma 10% terhegeh2 nak pakai kalimah Allah untuk Tuhan Kristian.

Incidentally, BELANDA juga yg popularkan kata Allah di Indonesa sewaktu mereka jajah negara itu. Tujuan Belanda waktu itu adalah 100% nak Kristiankan Muslim Indonesia dengan cara kelirukan umat Islam Indonesia bahawa Islam dan Kristian itu SAMA SAJA dan boleh bertukar2 agama. Hasilnya, ramai umat Islam di Sumatra (Batak) dan Indonesia Timur serta Borneo diKristiankan. Dan sampai kini Belanda masih mahu guna kaedah ini..

Ironik sekali, di negara2 Barat plak, mubaligh2 Muslim beria2 kempen nak suruh org Kristian pakai kalimah Allah untuk nama Tuhan. Sama spt mubaligh Kristian di Indonesia, mubaligh Muslim juga mahu kelirukan org Kristian supaya terima Islam. Ini diakui sendiri oleh org Kristian. Mereka tuduh mubaligh Muslim nak suruh Kristian pakai Allah sebab nak Islamkan Kristian.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/panelis-forum-setuju-hanya-di-malaysia-allah-bukan-milik-semua.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana