Dr Mahathir berlakon filem....


Filem baru genre patriotik yang masih dalam proses praproduksi, Kapsul arahan Martias Mohd Ali dijangka menampilkan mantan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pelakon jemputan atau cameo.

Martias yang turut menulis skrip filem ini berkata, usaha mendapatkan kerjasama pemimpin negara yang disegani ramai sehingga ke peringkat antarabangsa itu masih dalam perbincangan antara produksi Two Tones Sdn Bhd bersama beliau.

“Kami masih berbincang mengenai perkara ini dan berharap beliau dapat membintangi filem ini yang mahu menggambarkan semula Wawasan 2020,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, filem yang dijangka penggambaran pada awal Disember nanti mengisahkan kapsul Wawasan 2020 yang selama ini menjadi tanda tanya mengenai isi kandungannya sebelum dibuka pada 1 Januari 2020.

“Plot berkisar mengenai seorang pemuda iaitu Zohri yang hidup pada zaman kini kembali ke tahun 1942 menjiwai karakter prebet Naim berjuang melawan Jepun dan merasai penderitaan bangsa Melayu sebelum mencapai kemerdekaan,” katanya.

Katanya, Zohri diupah seorang lelaki bergelar Datuk untuk mencuri kapsul Wawasan 2020 sebelum dia didapati hilang. Filem ini memberi gambaran zaman sebelum negara merdeka dipaparkan sebanyak 70 peratus.

“Filem ini diinspirasi daripada idea Tun Mahathir yang memperkenalkan Wawasan 2020. Mungkin ramai antara kita sudah lupa mengenai misi negara ini,” katanya.

Katanya, pelakon berpengalaman Faizal Hussein sudah disahkan membintangi watak utama filem ini termasuk Shaharuddin Thamby dan penampilan khas, jutawan Internet, Irfan Khairi.

Seramai 10 artis popular bersama 30 watak pelakon pembantu terbabit dalam filem ini. Pada sesi uji bakat terbuka yang dijalankan selama dua hari sejak 14 September lalu menyaksikan 50 peserta mencuba nasib.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana