Dr M beri keterangan kepada RCI Sabah hari ini

Ketika tempoh setahun Suruhanjaya Diraja (RCI) untuk menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah hampir berakhir, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya akan memberi keterangan kepada RCI hari ini.

NONENama Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun antara 1981 hingga 2003, tidak dilibat secara langsung tetapi para saksi beberapa kali memberitahu RCI tentang kewujudan 'Projek M' yang memberikan kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin di Sabah.

Semasa prosiding suruhanjaya tersebut, nama bekas pembantunya, Datuk Aziz Shamsudin, dan bekas orang kanan beliau ketika itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, telah didakwa terlibat.

Dr Mahathir tampil ketika tempoh RCI akan berakhir hujung bulan ini, kecuali jika mereka memohon lanjutan tempoh tersebut daripada Yang di-Pertuan Agong.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, seramai 167 saksi yang dipanggil oleh RCI, tetapi Dr Mahathir akan menjadi saksi ke-209 untuk memberi keterangan.

Bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjadi Ketua Pembangkang, dijangka memberi keterangan kepada RCI pada 19 September.

Ini adalah kali kedua Dr Mahathir memberi keterangan kepada RCI dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Kali terakhir adalah pada tahun 2008 kepada RCI VK Lingam yang menyiasat dakwaan penetapan kehakiman.

Didakwa, projek yang memberi kewarganegaraan kepada PATI itu dilakukan untuk membolehkan kemasukan Umno ke Sabah pada tahun 1990-an apabila Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun, terma rujukan RCI tidak termasuk mencari siapa yang bersalah dalam memberi IC haram itu.

Oleh itu, pegawai pengendali prosiding, dijangka tidak akan menyiasat jauh ke punca sebenar "projek" yang dikatakan itu dan siapa yang memberikan arahan

Anggota Persatuan Undang-Undang Sabah (SLA) yang menjadi pemerhati semasa prosiding tersebut bagaimanapun telah menyiasat saksi untuk menentukan motif politik sebenar di sebalik pemberian IC kepada pendatang.

Dr Mahathir sebelum ini pernah berkata bahawa RCI itu "tidak perlu", tetapi juga berkata awal tahun ini bahawa beliau akan memberi keterangan jika dipanggil oleh suruhanjaya tersebut.

Beliau sebelum ini mempertahankan langkah untuk memberikan kewarganegaraan beramai-ramai di Sabah, dengan menyamakannya dengan pemberian kewarganegaraan kepada orang Cina dan India sewaktu pentadbiran Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman sejurus selepas kemerdekaan.

Didakwa pendatang juga telah didaftarkan sebagai pengundi untuk membantu BN , khususnya Umno, di kerusi-kerusi marginal.

Adalah dipercayai bahawa pendatang yang paling mendapat manfaat daripada skim yang dikatakan itu adalah dari Filipina an diikuti oleh Indonesia.

Menurut statistik rasmi, kira-kira 23 peratus daripada penduduk Sabah adalah warga asing, walaupun sesetengah pihak telah mendakwa bahawa terdapat seramai 1.75 juta warga asing di negeri itu.

Kira-kira 750,000 telah didakwa sudah mendapat kewarganegaraan melalui 'Projek Mahathir ', yang juga dikenali sebagai 'Projek M ' atau 'Projek IC' .

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana