Dewan Rakyat Gamat : Karpal Diserang Isu Liwat Anwar

KUALA LUMPUR 24 Sept - Dewan Rakyat hari ini gamat selepas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar membangkit isu Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang menjadi peguam bela kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II.

Noh berkata, tindakan itu merupakan sikap tidak berintegriti kerana Karpal pernah membuat tuduhan kepada Anwar di dalam Dewan Rakyat pada tahun 1998 dan tidak menarik balik kenyataan tersebut.

"Kalau dia (Karpal) merupakan seorang peguam yang berintegriti, saya cabar dia tarik balik tuduhan dia terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum ini. Adakah terdapat unsur kepentingan politik yang membuatkan beliau menjadi peguam bela kepada Anwar Ibrahim?.

"Sebagai peguam yang terkenal, perkara yang melibatkan integriti tidak sepatutnya membelenggu beliau (Karpal)," katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menambah, terdapat juga persoalan mengenai hubungan Karpal dan Anwar selepas tersebarnya rekod urusniaga bernilai RM50 Juta di antara kedua-dua pemimpin pembangkang itu.

Katanya, peguam di negara ini sepatutnya tidak membuat sesuatu perkara yang memperlihatkan seolah-olah peguam di Malaysia tidak berintegriti dan mudah dibeli dengan wang.

"Ini soal ciri-ciri Jabatan Guaman di Malaysia, mereka nampak seperti mudah dibeli dan perkara itu akan dipersoalkan oleh rakyat dan pihak-pihak dari luar negara.

"Peguam sepatutnya bekerja berlandaskan undang-undang dan menegakkan keadilan tetapi sekarang kita lihat peguam-peguam ini seperti mewakili pembangkang dan ini tidak sepatutnya dilakukan mereka.

"Majlis peguam tidak boleh bersikap memilih dengan menyatakan bahawa seringkali silap dalam sesuatu isu tetapi apabila ianya melibatkan pembangkang mereka terus senyap," katanya.

Noh menegaskan, Majlis Peguam sepatutnya bertindak membantu rakyat yang mempunyai masalah dan bukan hanya membantu ahli parlimen pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana