Demo bantahan kenaikan harga minyak di P.Pinang hambar.

Pemandu di P.Pinang semalam yang menggunakan Jalan Sultan Azlan Shah di George Town dikejutkan dengan tindakan beberapa peserta membuat bantahan aman kes kenaikan harga minyak.

Kelihatan beberapa beberapa pemuda pro Pakatan Rakyat, membawa poster di bawah jejambat menuju ke bulatan Bayan Baru, mengutuk kenaikan harga minyak yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini

Segelintir pemandu kelihatan membunyikan hon tanda sokongan dan menunjukkan isyarat bagus kepada peserta bantahan tersebut dan kelihatan beberapa pemandu menggeleng kepala kerana tindakan mereka telah menyebabkan kesesakan lalu lintas

Poster yang dibawa peserta kesemuanya menyindir kerajaan BN dan menggesa kerajaan turunkan minyak.Kelihatan juga peserta menggunakan keratan beberapa akhbar dalam demo tersebut.Demonstrasi aman ini berlangsung kira-kira 45 minit.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana