DAP Sokong Tindakan A Samad & Hishamuddin Rais Kibar Bendera Sang Saka

Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong menyokong tindakan A Samad Said, Hishamuddin Rais dan Adam Adli mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan ulangtahun Kemerdekaan ke-56 baru-baru ini.

“Bendera Sang Saka Malaya merupakan bendera Tanah Melayu merdeka yang dikibarkan pejuang kemerdekaan AMCJA-PUTERA yang terdiri daripada tokoh yang lebih awal menuntut kemerdekaan tanah air sepenuhnya sebelum UMNO dan Parti Perikatan,” katanya kepada Roketkini.

Beliau yang juga Pengarah Pendidikan Politik Pemuda DAP Kebangsaan (DAPSY) turut menuduh pihak kerajaan telah menyelewengkan fakta sejarah (revisinisme sejarah) termasuk dalam sukatan pelajaran Sejarah yang diajar di peringkat sekolah.

Dakwanya sejarah yang cuba ditonjolkan A Samad dan Hishamuddin Rais melalui pengibaran bendera Sang Saka lebih tepat berbanding dengan sejarah yang diajar di peringkat sekolah.

“Pengecaman terhadap seorang tokoh Melayu tersohor seperti Pak Samad dan aktivis lain semata-mata kerana mereka memperingati sejarah asli negara merupakan satu lagi usaha revisinisme sejarah yang didukung oleh rejim pemerintah BN. Kerajaan harus berhenti melakukan penyebaran propaganda politik sebegini termasuk di sekolah.

“Revisinisme sejarah merupakan penyelewengan fakta sejarah bagi memberi gambaran yang tidak tepat mengenai apa yang berlaku. Usaha berbentuk propaganda ini sering dilakukan rejim yang cuba menutup fakta sejarah bagi mencapai kepentingan politik sempit.

“Satu lagi contoh revisinisme sejarah ialah filem Tanda Putera yang mendapat pembiayaan kewangan daripada BN yang cuba memberi gambaran sejarah daripada teropong politik sempit mereka (UMNO/BN),” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana