"Cubaan Anwar padam tuduhan homokseksual tidak akan kembalikan keyakinan saya" - Ezam

SHAH ALAM: Cubaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hendak mengeluarkan satu perenggan penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat pertamanya tidak akan mempengaruhi keyakinan bekas pegawai khas pemimpin berkenaan.

Menurut Senator Ezam Mohd Nor, Anwar tidak harus menunggu terlalu lama untuk berbuat demikian jika benar bebas daripada salah laku seks terbabit, apatah lagi beliau perlu membuktikan imej yang bersih kepada rakyat negara ini.

Malah, Ezam berkata, ketika beliau masih bergelar orang kuat Anwar suatu ketika dahulu, perkara berkenaan antara yang kerap diutarakan dan Anwar sendiri berjanji untuk berbuat demikian.

“Jika beliau benar-benar bersih, itu perkara yang mesti dilakukan dan tiada sebab untuk tak lakukan pada saat dan ketika itu.

"Sekali ada alasan itu (perenggan), ia sudah timbul keraguan. Bila ia ada, kita tak boleh menyokong seorang pemimpin jika ada keraguan. Saya ada keraguan terhadap beliau sebab Anwar tak secara serta-merta membersihkan nama beliau. Itu alasan saya tinggalkan dia.

"Setelah sembilan tahun, walau beliau menang sekalipun, ia tak boleh memadamkan keraguan saya terhadap beliau. Persoalannya, mengapa beliau sebagai pemimpin tidak lakukan perkara ini serta-merta?" soalnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Ezam berkata demikian apabila diminta mengulas permohonan Anwar menarik balik penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat pertama membabitkan bekas pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar yang menyatakan beliau mempunyai kecenderungan homoseksual.

Beliau memfailkan permohonan berkenaan pada Mei tahun ini dan semakan permohonan akan diadakan pada 13 November depan.

Menyifatkan Anwar sebagai seorang yang tidak mementingkan soal moral, Ezam berkata, rakyat seharusnya sedar apa yang dilakukan Anwar yang kerapkali mencari kesalahan pihak lain demi menutup kesalahan diri sendiri.

Malah, katanya, Anwar tidak layak digelar sebagai seorang pemimpin setelah pelbagai kontroversi salah laku seks dipalitkan kepadanya.

"Kita tak boleh sokong seorang pemimpin jika ada keraguan dari segi moralnya. Ia merupakan hak kita pada masa beliau dinyatakan secara jelas dalam soal moral ini, beliau kena buktikan dan bersedia untuk bersihkan namanya. Tetapi beliau tak buktikan. Bagi saya selepas Sembilan tahun ia dah tak relevan dari segi moral, mungkin dari segi undang-undang tiada masalah," ujarnya.

Ezam pernah menjadi Setiausaha Politik Anwar dan tulang belakang paling utama dalam gerakan reformasi selepas Anwar dipecat dari Umno pada September 1998.

Malah, beliau telah beberapa kali ditahan polis kerana mempertahankan Ketua Umum PKR itu dan pada Jun 2007 mengumumkan keluar dari PKR.

Sementara itu, pengamal undang-undang, Hasnal Rezua Merican Habib Merican berpendapat tindakan Anwar untuk menarik penghakiman mahkamah itu boleh merisikokan diri sendiri.

Ini, katanya, kerana Mahkamah Persekutuan buat kali kedua akan mengesahkan Anwar sememangnya seorang homoseksual sekiranya mereka mahu melaksanakan budi bicara terhadap permohonan itu.

"Ini adalah risiko yang Anwar ambil sebenarnya. Jika mahkamah melaksanakan budi bicaranya dan kaji semula hal itu, sekiranya mahkamah tak bersetuju untuk keluarkan perenggan itu, jadi Mahkamah Persekutuan pada kali keduanya akan mengesahkan bahawa Anwar terlibat dengan aktiviti homoseksual.

"Persoalannya adakah mahkamah boleh mengeluarkan perenggan itu dan mengekalkan keputusan yang sedia ada? Pada pandangan saya ia tidak boleh sebab perenggan itu jelas menunjukkan (penglibatan) dan kemudian digunakan mahkamah untuk menjadikan Azizan sebagai rakan sejenayah.

“Jika mahkamah tiada dapatan fakta Azizan, Sukma dan Anwar pada sesuatu masa menjalankan aktiviti homoseksual sesama mereka, maka Azizan tak boleh jadi rakan sejenayah," katanya kepada Antarapos.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana