Celoreng Baru ATM...Memang Yang Terbaik



Semua pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menerima uniform dengan wajah baru bercorak digital dalam tempoh enam bulan selepas diluluskan Kementerian Kewangan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kementeriannya mengemukakan permohonan itu sebelum Parlimen dibubarkan lagi, telah mengeluarkan tender terbuka dan akan melantik pembekal tunggal bagi menggantikan baju bercorak celoreng sedia ada.

"Wajah baru bagi uniform anggota tentera, yang akan diperkenalkan itu, diperbuat daripada fabrik yang tidak panas dan anti nyamuk selain merupakan penambahbaikan untuk operasi ketenteraan," katanya lagi.

Beliau berkata seramai 86,000 anggota dan pegawai ATM akan menikmati kenaikan pangkat secara automatik selepas lapan tahun perkhidmatan, seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Belanjawan 2013 tahun lalu. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana