Buli Siber dan Tips Elak Jadi Mangsa

Buli siber adalah ancaman dan serangan yang boleh dikenakan terhadap seseorang pengguna internet dengan menggunakan teknologi elektronik. Teknologi elektronik termasuk peralatan seperti telefon bimbit, komputer dan tablet melalui laman media sosial, pesanan teks, chat, dan laman sesawang.

Contoh buli siber adalah seperti kiriman pesanan teks atau emel yang berbentuk ugutan, khabar angin atau hasutan yang dihantar melalui emel atau laman media sosial, penyebaran gambar atau klip video lucah atau mengaibkan dan juga mewujudkan akaun profil palsu yang bertujuan untuk memalukan, menggangu atau mengugut pengguna internet tertentu.

Pembuli siber memperoleh maklumat mangsa melalui perkongsian oleh mangsa sendiri di internet tanpa mereka sedari. Perkongsian yang dibuat tanpa tetapan keselamatan itu membolehkan maklumat peribadi mangsa dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi tujuan yang tidak baik.

Berikut kami kongsikan tips keselamatan yang boleh dipraktikan bagi mengelakkan anda menjadi mangsa pembuli siber.

1. LINDUNGI KATA LALUAN
Anda dinasihatkan untuk tidak memberitahu kata laluan akaun peribadi anda kepada sesiapa pun walaupun kepada sahabat karib. Jika meragui bahawa kata laluan tersebut tidak lagi selamat, tukar dengan segera!

2. TIDAK MEMUATNAIK GAMBAR YANG MENGAIBKAN
Sebelum memuatnaik atau menghantar gambar yang mengaibkan atau kurang sopan di internet, fikir seketika adakah anda ingin ibu bapa, ahli keluarga, saudara mara atau orang di sekitar anda ingin melihat gambar sebegitu? Jika gambar tersebut terlepas ke tangan pembuli siber, gambar tersebut mungkin akan dijadikan sebagai bahan ugutan untuk mendapatkan sesuatu daripada anda untuk kepentingan mereka.

3. TIDAK MEMBUKA EMAIL YANG TIDAK DIKENALI
Jangan sesekali membuka mesej (emel, pesanan teks, mesej di media sosial) daripada orang yang tidak dikenali. Padam tanpa perlu membacanya. Ia mungkin mengandungi virus yang secara automatik boleh mengumpul maklumat peribadi atau sulit anda.

4. LOG KELUAR DARI AKAUN
Anda dinasihatkan untuk tidak menyimpan kata laluan di ruangan ‘simpan kata laluan’ walaupun ia bertujuan memudahkan anda. Jangan berikan walau sesaat pun peluang kepada orang lain untuk menggunakan peralatan elektronik anda. Segera log keluar dari mana-mana media sosial yang dimiliki jika tidak lagi menggunakannya pada ketika itu.
Membiarkan akaun tidak ditutup memungkinkan orang lain boleh mengakses akaun tersebut dan mendatangkan masalah kepada anda kemudiannya.

5. TETAPKAN KAWALAN PERIBADI
Tetapkan capaian maklumat anda di media sosial hanya kepada rakan yang dipercayai sahaja. Kebanyakan laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Google+ ada menawarkan ciri yang sedemikian untuk menghadkan maklumat kepada kumpulan yang tertentu sahaja.

6. ‘GOOGLE’ DIRI ANDA
Dan yang terakhir, sentiasa membuat carian nama anda di enjin carian (search engine) seperti Google, Bing, Yahoo dan sebagainya. Jika terdapat maklumat atau gambar yang bertujuan untuk menjadikan anda sebagai sasaran, segera padamkan sebelum ia menjadi masalah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana