BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

ORANG ramai khususnya kalangan bumiputera pastinya lega dengan khabar bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengumumkan dasar-dasar bagi meningkatkan lagi penglibatan bumiputera dalam pembangunan ekonomi negara Sabtu ini.

Langkah itu amat perlu memandangkan golongan bumiputera yang membentuk 67 peratus daripada 28 juta rakyat Malaysia, perlu terus diberi peluang yang saksama untuk terbabit dalam ekonomi termasuklah peluang perniagaan, modal insan, terlibat dalam sektor swasta serta pemilikan ikuiti dan hartanah.

Awang yakin apa yang akan dihebahkan oleh Perdana Menteri kelak akan bersifat menyeluruh dalam kerangka memperkasakan ekonomi bumiputera tanpa meminggirkan kaum lain.

Ini kerana seperti dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar adalah hasil maklum balas yang diperolehi kerajaan daripada pelbagai institusi dan badan bukan kerajaan serta hasil perbincangan mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera baru- baru ini berhubung langkah dan kaedah yang perlu ke arah memperkasakan lagi penglibatan ekonomi bumiputera supaya benar-benar setara dan dapat bersaing dengan bukan bumiputera.

Kita sudah tentu tidak mahu melihat golongan yang membentuk majoriti rakyat negara ini terus ketinggalan dalam kepesatan pembangunan ekonomi negara, walaupun kita menyedari wujud peningkatan berhubung penglibatan bumiputera dalam beberapa bidang tetapi ia tidak memadai.

Justeru inisiatif yang bakal diumumkan nanti diharap dapat mencergaskan penglibatan bumiputera terutama dalam sektor ekuiti dan hartanah yang ketika ini penglibatan mereka terlalu rendah berbanding dengan kaum lain.

AWANG - Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana