BERDIALOG...!!! SATU LAGI HELAH ANWAR...MENUTUP PERSOALAN TENTANG SURAT MISTERI..!!!

Kali ini cadangan DSAI untuk berdialog dengan kerajaan hanya lah helah untuk mengalih pandangan oarng ramai terhadap surat MISTERI yang dikaitkan dengannya. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bimbang sekiranya surat misteri yang sedang disiasat polis tersebut menjejaskan imej dan kredibiliti beliau di mata rakyat.

"Kita berasa sangsi kenapa Anwar mahu mengadakan dialog dan ini menjadi bukti beliau cuba mengalih isu yang pernah didedahkan bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail berhubung 6,000 keping surat misteri melibatkannya dan Pengerusi DAP, Karpal Singh baru-baru ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Baru-baru ini, Mazlan mendedahkan beliau menerima kira-kira 6,000 surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang menceritakan 'urus niaga' Anwar dan Karpal.Anwar dan Karpal ketika membuat laporan polis terhadap pengedaran surat misteri tersebut menafikan dakwaan wujud 'urus niaga' antara mereka, sebaliknya mendakwa perkara itu fitnah UMNO.

Menurut Mohd. Puad, sekiranya pemimpin pembangkang itu serius mahu mengadakan dialog perkara tersebut perlu dibawa ke Parlimen dan dibincangkan secara terbuka. Katanya, rakyat perlu mengetahui isu yang mahu dibawa Anwar itu bukan bertujuan memerangkap kerajaan.
"Kita anggap beliau mempunyai agenda lain, kalau tarikh 16 September pun boleh berbohong apatah lagi tentang dialog ini," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Puad berkata, isu tersebut turut dibincangkan dalam mesyuarat MT yang diadakan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu.
Katanya, dalam perbincangan itu semua MT sebulat suara menolak dialog tersebut daripada diadakan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana