Bekas tahanan EO, RRA akan dipasang alat pemantau - Zahid Hamidi

PUTRAJAYA: Bagi membanteras kadar jenayah yang semakin berleluasa, semua tahanan yang dibebaskan di bawah Ordinan Darurat (EO) dan Akta Kediaman Terhad (RRA) akan dilengkapi dengan alat pemantauan elektronik (Electronic monitoring device) yang dipasangkan di pergelangan tangan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, alat tersebut berfungsi sebagai 'pemantau' yang akan memberi petunjuk kepada pihak polis mengenai pergerakan bekas banduan tersebut.

Zahid walau bagaimanapun berkata pelaksanaan akan dilakukan setelah alat tersebut lengkap dan sedia diimplementasikan, tidak lama lagi.

"Semua pesalah yang ditangkap dan dikeluarkan di bawah EO dan juga tahanan RRA (Restricted Residence Act), mana-mana yang dikenal pasti untuk dipantau, EMD akan dipasang kepada setiap mereka.

"Jadi kita pantau pergerakan mereka dan jika mereka potong EMD itu, maka hukumannya akan dibentangkan di sidang Parlimen akan datang supaya masyarakat boleh mengenali mereka dan pemantauan boleh dilakukan kepada penjenayah berkenaan," katanya dalam sidang media selepas menghadiri seminar La Tahzan For Smart Muslim di sini, pagi tadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana