Bajet 2014: Mungkin ada berita gembira untuk golongan pertengahan

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan membayangkan kemungkinan ada 'berita gembira' bagi golongan pertengahan dalam Bajet 2014.

Katanya bentuk bantuan masih dikaji, dan keputusannya akan diumumkan dalam bajet berkenaan.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas satu majlis di Kuala Lumpur Rabu, beliau menyebut kerajaan mungkin menaikkan paras pendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan, bagi melayakkan mereka untuk memperoleh bantuan berkenaan.

Ahmad Maslan dipercayai merujuk kepada BR1M.

Kini hanya mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah layak mendapat BR1M.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, akan membentangkan Bajet 2014 pada 25 Oktober ini.

Ahmad Maslan berkata selain itu, penduduk luar bandar merupakan antara fokus kerajaan kali ini dengan pembangunan di kawasan tersebut akan dipercepat.

Selain itu, kerajaan juga merancang meningkatkan aktiviti untuk perusahaan kecil dan sederhana, katanya.

"Selain memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan fokus ini, kerajaan juga menggalakkan program satu daerah satu industri (SDSI)," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana