Aspan ragui statusnya sebagai ahli DAP...Inilah Melayu Lupa Diri...Ingat Cina DAP Mahu Tolong MElayu Ker?

SHAH ALAM : Aspan Alias yang baru menyertai DAP setahun lalu meragui statusnya sebagai ahli, kerana penglibatannya seolah-olah dinafikan oleh parti berkenaan.

Penyertaan beliau dalam parti itu kerana tertarik dengan konsep perjuangan hak berbilang kaum.

Bagaimanapun Aspan selepas itu mula menyedari hal berkenaan tidak pernah berlaku sepanjang penglibatannya bersama DAP, sebaliknya ia hanya mementingkan hak kaum Cina sahaja.

"Sejujurnya saya tak tahu. Saya tengok nama saya di Seremban tak ada. Itu permainan DAP. Saya perhatikan tindakan mereka walaupun dikatakan saya 'ordinary-member' tetapi rupanya nama saya tidak disenaraikan dalam cawangan Seremban seperti diberitahui Setiausaha dan Jawatankuasa di sana. Itu pasal saya tidak pernah dipanggil dalam mesyuarat.

"Saya mohon masuk DAP dan saya harap saya masih ahli mereka. Tapi orang kata saya dah bukan ahli. Saya tak tahulah, tapi saya rasa apa yang DAP buat ini tak betul. Tengoklah,saya tentukan masa depan, saya nak jawab pun tak boleh sebab saya nak cari landasan perjuangan," katanya ketika ditemui pemberita Antarapos.

Ditanya adakah kerana kelantangannya menyuarakan ketidakpuasan mengenai matlamat DAP seperti yang dilaungkan sebelum ini, jelas Aspan ia merupakan perkara biasa dan sesiapa yang memperkatakannya akan disisihkan.

Dalam memenuhi matlamat peribadinya dalam memperjuangkan hak berbilang kaum, kata Aspan ia tidak semestinya melalui mana-mana parti.

"Dalam DAP, terutama dengan Anthony Loke kamu tak payah lantang. Dia dengar dari orang lain dia akan marah. Mereka ini lemah dan tidak boleh menerima pandangan berbeza dari seseorang.

"Tak semestinya parti, ia boleh jadi NGO dan sebagainya sebab perjuangan peribadi saya adalah 'multi-racial'. Tak semestinya parti. Parti itu hanya 'tools'," demikian menurut Aspan.

Aspan merupakan bekas pemimpin veteren Umno Negeri Sembilan bertindak keluar dari parti berkenaan dan memilih menyertai DAP.

Setelah setahun menjadi ahli parti tersebut, beliau bertindak mengkritik secara lantang apabila merasakan DAP mengamalkan dasar perkauman yang dianggap melampau.

Selain Aspan, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz turut menyertai DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana