APA PERLUNYA CHIN PENG HENDAK DIBENARKAN PULANG?

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyifatkan cadangan untuk membenarkan kepulangan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke negara ini hanya akan 'melukakan hati' rakyat.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, pengkhianatan Chin Peng dan kekejaman komunis sehingga menyebabkan rakyat hidup menderita serta ribuan menjadi korban semasa zaman darurat tidak boleh dilupakan.

"Kita berpendapat bahawa tangan Chin Peng ini berlumuran dengan darah rakyat Malaysia, bukan sahaja Melayu, tetapi Cina, India dan lain-lain.

"Banyak hati yang akan terluka sekiranya kita membawa balik atau membenarkan Chin Peng pulang," katanya pada sidang media di sini.

Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini meminta kerajaan supaya membenarkan Chin Peng dan anggota PKM yang dilarang memasuki negara ini untuk pulang ke tanah air dan berkata waris keluarga yang dizalimi pengganas komunis akan memaafkan mereka.

Gesaan Karpal itu dibuat selepas bekas Timbalan Ketua Pengarah Cawangan Khas Tan Sri Yuen Yuet Leng, membuat kenyataan sama seperti dilaporkan media sebelum ini.

Zulkifli berkata sekiranya Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia, bekas pemimpin PKM itu masih perlu dibicarakan atas kesalahan dan pengkhianatannya sebelum ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana