Anwar Nak Perjelas Pertemuan dengan pope?

SHAH ALAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta penyokong Pakatan Rakyat memahami tujuan sebenar pertemuannya dengan Pope Francis 1 di Rom, yang akan diadakan kelak.

Tanpa memperincikan agenda itu, Anwar hanya berkata beliau dijemput untuk menghadiri dialog peringkat tertinggi antara pemimpin Islam, Kristian dan agama lain di Sepanyol.

Anwar bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa beliau yang dipanggil untuk membincangkan isu agama walhal beliau hanyalah seorang ketua pembangkang.

Anwar dilaporkan terpaksa mewar-warkan pertemuan itu kepada penyokongnya terlebih dahulu kononnya bimbang ia akan dijadikan kontroversi oleh seteru politik.

"Paus berhasrat untuk bertemu dengan beberapa delegasi mesyuarat itu untuk sedikit perbincangan kecil, dan saya salah seorang daripadanya," katanya.

"Sewaktu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan bekas perdana menteri Dr Mahathir jumpa Paus itu pun tiada masalah.

“Tetapi kalau saya yang jumpa, ia akan (nampak seperti) ada masalah. Bezanya saya tidak minta untuk bertemu dengan beliau,” katanya kepada kira-kira 300 orang dalam satu ceramah di Kubang Semang, Pulau Pinang semalam.

Demi meneutralkan pertemuan itu, Anwar dilihat sengaja memetik pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Pope Benedict XVI di Apostolic Palace, Castel Gandolfo di luar Rom pada 18 Julai 2011.

Beliau turut merujuk lawatan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad terhadap Pope John Paul pada Jun 2002.

"Mereka mungkin berkata saya mahu masuk Kristian. Inilah masalah kita, sebab itulah kita terus memperjuangkan kebebasan, demokrasi dan perubahan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana