Anwar jangan angkuh kata KJ


SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan kabinet bayangan PR.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, Anwar tidak perlu memberi jawapan angkuh sekiranya tidak berani mengumumkan kabinet bayangan PR.

Menurutnya yang dipetik dalam akaun Twitternya pagi tadi, perkara itu turut digesa oleh pengundi "atas pagar" supaya PR mempunyai kabinet mereka sendiri.

"Kalau tak berani umum kabinet bayangan, cakap sahajalah tak payah bagi jawapan angkuh.

"Ramai pengundi atas pagar desak PR umum kabinet bayangan. Mungkin boleh biarkan permintaan saya, tapi bolehkah biarkan permintaan mereka?," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana