Akibat siar logo 'Polis Raja Di Malaysia' di RTM...TElah Diambil Tindakan

Ini agak mengejutkan dan membuatkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyiar rasmi kerajaan mendapat malu besar.

Al kisah Selasa lalu apabila tiba-tiba logo PDRM yang sepatut yang ditulis Polis Diraja Malaysia bertukar jadi Polis Raja Di Malaysia.

Entah silap atau sabotaj, tapi sebagai penyiar rasmi kerajaan RTM bertindak pantas menggantung dan menamatkan perkhidmatan individu yang terlibat dalam insiden tersebut.

Menurut Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail, RTM memandang serius kejadian itu dan berikutan itu laporan polis dibuat bagi memulihkan imej mereka.

"Ralat dan permohonan maaf telah disiarkan dalam Berita Nasional 12 tengah malam. Surat rasmi memohon maaf kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) juga telah dihantar," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan jawatankuasa tata tertib telah bersidang Rabu untuk meneliti tindakan lanjut yang akan dilaksanakan susulan insiden itu.

Kenyataan dan tindakan segera yang diambil telah dimuat naik dalam laman sosial jabatan berkenaan, tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana