Akhirnya... suspek kes bunuh pengasas Ambank masuk perangkap polis...

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, itulah yang terjadi kepada Kong Swee Kuan, 44, atau Sei Ngan Chai atau Ah Chian, suspek utama kes pembunuhan pengasas Ambank, Hussain Ahmad Najadi pada Julai lalu.

Beliau yang wajahnya dirakam CCTV sebelum kejadian ditahan polis di Taman Larut Tin Taiping, Perak malam tadi.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, turut ditahan ialah sepasang individu yang melindungi lelaki tersebut.

Turut ditahan ialah dua lelaki, masing-masing berumur 31 dan 26 tahun, yang dipercayai memberi perlindungan kepada suspek, katanya.

"Kesemuanya kini dibawa IPKKL (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur)untuk siasatan lanjut," katanya dalam sidang media di IPKKL  Isnin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 212 Kanun Keseksaan.

Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong Kuan Yin Temple di Lorong Ceylon di sini pada 29 Julai lepas.

Sebelum ini, kes tersebut mengemparkan negara selepas polis percaya tokoh perniagaan itu dilakukan oleh pembunuh upahan yang diupah individu yang tidak berpuas hati dengan mangsa berhubung satu urusan jual beli hartanah.

Kejadian yang berlaku pada akhir Julai lalu menyebabkan polis menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejaki suspek.

Polis turut memanggil saksi terlibat termasuk beberapa individu yang ditemui mangsa dan isterinya di Tokong Ceylon Kuan Yin, sebelum kejadian tembak terbabit berlaku.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, polis yakin dapat menyelesaikan kes itu selepas imej suspek yang melepaskan tembakan ke arah mangsa berjaya dikenal pasti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tokong berkenaan.

Foto CCTV suspek kemudiannya disebarkan kepada orang ramai melalui media.

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, Hussain yang berasal dari Iran dan mendapat taraf penduduk tetap (PR) mati ditembak oleh seorang lelaki berpakaian sukan di hadapan tokong terbabit.

Mangsa ditembak dua das di dada dan rusuk kiri manakala isterinya yang turut terkena tembakan cedera parah di pergelangan tangan dan paha serta kini dirawat di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana