Akhbar Cina cuba timbukan isu perkauman...

Media berbahasa Cina yang cuba menimbulkan isu perkauman mengenai agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilaksanakan kerajaan dibidas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Setiausaha Agung BN itu kesal dengan tindakan media vernakular itu kerana ia boleh memecah-belahkan perpaduan kaum di negara ini, yang sedia terjalin erat.

"Janganlah ada orang mainkan cerita dalam akhbar khususnya akhbar Cina (yang) kononnya bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan berkenaan Dasar Ekonomi Bumiputera, kita (kerajaan) tidak peduli kepada bangsa Cina. (Itu) tidak (benar).

"Bila kita bantu kaum Bumiputera, kita tidak pernah meminggirkan kaum Cina atau India, tidak pernah dalam sejarah kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perbarisan sempena Hari Penguatkuasa Ke-44 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2013 hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan Jaganathan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Tengku Adnan berkata sebenarnya pelaksanaan agenda itu ialah untuk mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum di negara ini kerana kedudukan ekonomi Bumiputera lemah berbanding kaum Cina.

"Keseimbangan ekonomi kaum penting untuk mengekalkan perpaduan dan keharmonian dalam negara," tambahnya.

"Saya tidak boleh baca akhbar Cina tetapi daripada laporan yang saya terima, saya terkejut," katanya.

Sabtu lepas, Najib melancarkan agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera bagi mencipta serta menjana kekayaan baharu agar nikmat dan kemakmurannya diraih dan dirasai semua rakyat Malaysia secara adil dan saksama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana