Akhbar Cina cuba bakar sentimen perkauman,guru Melayu didakwa halau pelajar enggan nyanyi lagu Negaraku.

Seorang guru sekolah menengah di Semenyih, Selangor didakwa meminta pelajar yang enggan menyanyi dan menghormati lagu kebangsaan agar “balik ke India (atau) China”.

Laporan Sin Chew Daily menyebut, pembantu pengetua di SMK Engku Husain berkata demikian semasa perhimpunan mingguan di sebelah petang pada 23 September.(gambar hiasan).

Beliau didakwa meminta pelajar tersebut “balik” jika tidak menyukai Malaysia.

Akhbar tersebut melaporkan bahawa sekolah itu telahpun menjalankan siasatan ke atas perkara berkenaan, yang timbul apabila pelajar terbabit memuatkan perkara itu di laman Facebook mereka.

Pengetua Abdul Ghafar Kunchi Mohd (kanan) memberitahu Sin Chew bahawa kalangan pelajar terbabit – ada di antaranya tidak memahami bahasa Melayu dengan baik – sebelum ini dinasihati dan diberi amaran, malah dirotan kerana tidak menyanyi dan menghormati 'Negaraku' tetapi tidak berkesan.

Ghafar berkata ia mungkin menyebabkan pembantu pengetua terbabit hilang sabar dan mengucapkan kata-kata tersebut.

Katanya, beliau akan meminta guru wanita tersebut menjelaskan perkara tersebut sebaik pulang dari satu kursus esok.

Tambahnya, kata-kata itu tidak patut diucapkan dan beliau akan meminta guru tersebut meminta maaf kepada pelajar tersebut semasa perhimpunan.

Laporan berkenaan turut memetik kenyataan timbalan menteri pelajaran P Kamalanathan yang berkeata kementerian akan menyiasat kes tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana