"Wajib mendidik masyarakat tentang kesesatan dan bahaya Syiah "

SHAH ALAM – Bagi mengekang penyebaran ajaran Syiah, rakyat di negara ini perlu diberikan didikan dan fahaman mengenai bahayanya, kata Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Katanya, rakyat perlukan ruang pemahaman dan penjelasan lebih lanjut oleh mereka yang arif supaya lebih jelas akan Syiah, yang boleh memudaratkan umat Islam sekiranya gagal dikawal penularannya.

“Isu Syiah ini perlu perbincangan. Dalam negara yang mengamalkan al Sunnah Wal Jamaah, ada baik dan tidak baik. Syiah dilihat sudut yang tidak baik di Malaysia.

“Oleh itu, media di negara ini wajar memainkan peranan. Adakan program yang mendidik seperti rancangan televisyen dan siaran radio membincangkan isu Syiah ini,” katanya.

Zaharuddin berkata, tindakan itu dilihat seiring dengan langkah kerajaan negeri Kedah untuk mewartakan fatwa anti-Syiah.

“Saya bersetuju dan menyambut baik cadangan itu, malah negeri-negeri lain juga telah menguatkuasakannya,” katanya.

Beliau juga melihat kewajaran bagi kerajaan mengawal bahan bacaan berunsur Syiah serta peranan masyarakat untuk melaporkan penyebaran Syiah di kawasan mereka.

“Tindakan melaporkan itu juga membantu agensi penguatkuasaan menjalankan peranan mereka,” katanya.

Media melaporkan kerajaan Kedah akan menggazet fatwa anti Syiah bagi membanteras fahaman itu yang didapati semakin menular dalam kalangan masyarakat.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, fatwa itu sudah digazet di peringkat kebangsaan dan fahaman itu menyebabkan timbul kesukaran untuk menguruskan hal berkaitan jenazah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana