Video anjing:Senangnya Tuan Ibrahim 'tukar warna' PAS

Jika pemimpin PKR, N. Surendran dan Latheefa Koya mempertahankan Maznah Yusof yang dikenali sebagai Chetz berhubung klip videonya suasana Aidilfitri bersama tiga ekor anjing dalam YouTube, ianya bukan sesuatu menghairankan.

Meneliti latar belakang mereka dan parti yang diwakili, tidak susah untuk difahami kenapa keduanya mereka sanggup jadi peguam kepada Maznah.

Ada yang berpandangan ini kerana itulah peluang PKR meraih laba politik.

Namun agak pelik apabila PAS – parti yang diuar-uar memperjuangkan Islam turut membela Maznah menerusi kenyataan Ketua Penerangannya Datuk Tuan Ibahim Tuan Man, pada Selasa.

Padahal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menghantar laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk membenarkan tindakan selanjutnya diambil terhadap Maznah ekoran penyiaran klip video itu kerana perbuatan itu menghina agama Islam.

Malah, Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata Jakim dan pihak berkuasa agama negeri berkenaan juga bercadang memanggil Maznah bagi mendapatkan penjelasan dan memberikan nasihat kepada beliau.

Othman dalam kenyataannya berkata cara persembahan video berkenaan boleh dianggap menghina Islam kerana menyentuh soal ibadat dengan najis mughalazah (berat) apabila disentuh dalam keadaan basah.

"Jakim juga melihat isu tersebut sebagai tidak wajar berlaku kerana dalam suasana negara Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan mempunyai masyarkat majmuk, yang majoritinya Islam, sem ua masyarakat diseru untuk menghormati antara satu sama lain dari aspek agama, adat dan bangsa," katanya.

Othman berkata perbuatan itu apabila divideokan, seolah-olah cuba memperlihatkan ia sebagai cara konsep suci dalam Islam padahal ia sama sekali bertentangan.

Malangnya, sesetengah pihak melihat dan memprovokasi pandangan Jakim sebagai remeh dan tidak wajar termasuk PAS.

Tuan Ibrahim menerusi kenyataannya menegaskan, Maznah yang juga pelatih anjing perlu dididik bukannya dihukum.

Pada PAS, Islam tidak terhina dengan video Chetz, kerana ia tidak bertujuan begitu.

“Chetz mungkin seorang yang tidak tinggi ilmu agamanya. Video memuatkan video tersebut juga bukan untuk menghina sesiapa, tapi kerana ketaksuban beliau dalam menyayangi anjing sehingga seolah-olah beliau inginkan anjingnya dimuliakan sama dengan kita memuliakan manusia.

Ini cuma satu kelakuan yang jahil, yang boleh diperbetulkan tanpa mengenakan sebarang hukuman,” ujar Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Alasan lain PAS dalam membela Maznah kerana berkeyakinan wanita itu sekurang-kurangnya pernah menyelamatkan sebilangan anjing-anjing yang sedang kebuluran.

“Atas nilai ini sahaja wajar dipuji kerana majoriti manusia di dunia ini tidak lagi boleh bersifat sedemikian.

Jika binatang yang dipilih Chetz ialah kucing, dan bukannya anjing, sudah tentu Chetz tidak dicemuh sebegitu rupa. Salahkah Chetz lebih menyayangi anjing?,” tulis beliau lagi.

Beliau kemudiannya mengesyorkan, sempena Hari Raya yang bakal menjelang, umat Islam di Malaysia yang tersinggung dengan perbuatan Chetz untuk memaafkan wanita itu.

Jelaslah, Tuan Ibrahim sendiri tidak faham apa dimaksudkan Ketua Pengarah Jakim untuk memanggil Maznah bagi mendapatkan penjelasan serta menasihatinya.

Lebih malangnya lagi, beliau bagi pihak PAS mengeluarkan pandangan menyatakan perbuatan Maznah tidak menghina Islam.

Layakkah Tuan Ibrahim atau PAS mewakili seluruh umat Islam di negara ini ketika dalam isu-isu berkaitan agama termasuk hudud, PAS lebih kepada ayam jantan yang kokok berderai-derai tetapi ekor penuh tahi?|

Sungguh malang bagi Tuan Ibahim kerana sejak tewas dalam PRU 13, hampir setiap hari beliau mengeluarkan kenyataan demi kenyataan mengulas apa saja isu.

Mungkin seperti Surendran dan Latheefa Koya, beliau juga ingin meraih laba politik tetapi menyedari isu yang hangat diperkatakan itu berkait rapat soal agama bukan sesuatu yang remeh.

Jika Maznah atau Chetz tidak bersalah, maka yang bersalah sebenarnya adalah PAS.

PAS bersalah kerana sebagai parti yang didakwa memperjuangkan Islam tetapi gagal berperanan mendidik masyarakat Melayu di negara ini agar lebih mencintai Islam.

PAS bersalah kerana Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan macam-macam fatwa yang mengelirukan orang Islam kerana bersikap ‘menerima sesuatu yang memihak kepada mereka dan menolak jika menguntungkan pihak lain’.

PAS nampaknya tidak lebih sebagai parti politik yang diketahui memang memperalatkan Islam untuk meraih sokongan dan dalam kes Maznah ini, sikap PAS sudah terang lagi bersuluh.

Bayangkan PAS boleh meminta umat Islam di negara ini memaafkan Maznah kerana alasannya wanita itu terlalu taksub pada anjing peliharaan dan kebetulan mahu menyambut Aidilfitri.

Sedangkan PAS tidak sanggup menghulur atau menerima salam perpaduan demi Islam daripada pihak lain khususnya UMNO kerana dendam kesumat pemimpin tertingginya pada UMNO tidak pernah pudar walaupun sudah berpuluh kali Aidilfitri.

Itulah, kesalahan PAS sebenarnya. Dan kepada Tuan Ibrahim, janganlah meludah ke langit selalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana