'Usah cabar tindakan polis'

Ada pihak cuba pertikai Ops Cantas banteras kongsi gelap

Georgetown: Polis memberi amaran kepada mana-mana kumpulan supaya tidak cuba mencabar kewibawaan pihak berkuasa dalam usaha membanteras kegiatan kongsi gelap di negeri ini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata pihaknya memandang serius perkara itu berikutan ada pihak cuba mempertikai dan mencabar tindakan polis dalam menangani kegiatan kongsi gelap serta penyalahgunaan senjata api untuk membunuh.
Polis sedang melakukan siasatan terhadap mana-mana pihak yang cuba menunjuk belang, termasuk perarakan beberapa kongsi gelap di beberapa lokasi di seluruh negeri yang cuba mempertikaikan tindakan yang diambil sebelum ini,” Datuk Abdul Rahim Hanafi, Ketua Polis Pulau Pinang

Katanya, tindakan pihak tertentu yang cuba menunjuk belang dan mempertikaikan tindakan polis amat mengecewakan kerana tugas utama pihak berkuasa adalah jaga keamanan dan keselamatan rakyat.

“Saya serius dalam perkara ini dan semua pasukan akan menjalankan tugas serta peranan masing-masing secara menyeluruh bagi memastikan ketenteraman dan keselamatan orang ramai benar-benar selamat dan aman.

“Polis sedang melakukan siasatan terhadap mana-mana pihak yang cuba menunjuk belang, termasuk perarakan beberapa kongsi gelap di beberapa lokasi di seluruh negeri yang cuba mempertikaikan tindakan yang diambil sebelum ini,” katanya ketika ditemui ketika mengetuai Ops Cantas Khas di Lebuh Farquhar, di sini semalam.

Ambil tindakan lanjut
Abdul Rahim berkata, pihaknya turut menerima beberapa laporan berhubung kegiatan kongsi gelap dan tindakan serius akan diambil ke atas mana-mana individu yang sudah dikenal pasti dalam tempoh terdekat ini.

“Identiti mereka sudah dikenal pasti dan tindakan lanjut akan diambil tidak lama lagi, termasuk memperoleh maklumat melalui risikan seperti rakaman video, nombor pendaftaran kenderaan serta kain rentang yang menunjukkan identiti kumpulan kongsi gelap,” katanya.

Mengulas mengenai Operasi Cantas Khas, Abdul Rahim berkata, 16 lelaki ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah sebelum sebarang tindakan, termasuk pendakwaan dilakukan sejak operasi dijalankan Sabtu lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana