'Upah bunuh kini cuma RM1,000'....Masyallah Murahnya Nyawa Ini

SHAH ALAM: Jika minggu lalu, negara gempar dengan pendedahan akhbar Singapura yang melaporkan bahawa pembunuh upahan boleh diperoleh dengan harga RM5,000 di Malaysia, hari ini akhbar tempatan Sinar Harian pula melaporkan harganya jauh lebih murah lagi.

Malah, menurut akhbar itu, pembunuh upahan boleh diupah serendah RM1,000.

Dalam temubual dengan Sinar, penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar ditanya sama ada faktor upah serendah RM1,000 punca peningkatan pembunuhan menggunakan senjata api.

"Ya, tetapi bukan faktor itu sahaja. Kini senjata api boleh disewa dengan kadar harga yang murah.

"Malah ada senjata api daripada negara luar, yang terpakai boleh dibeli dengan harga yang lebih murah iaitu pada kadar RM700 ke bawah," katanya yang dipetik akhbar itu.

Akhbar Satar yang juga presiden Transparency International-Malaysia berkata ramai orang tempatan mempelajari cara menjadi pembunuh upahan dan kaedah membunuh melalui internet.

"Penjenayah ini boleh dikategorikan kepada 'contract killer' iaitu amatur, semi profesional dan profesional.

"Di negara ini, ramai yang terdiri dariada semi profesional dan apabia melakukan pembunuhan, masih meninggalkan bukti yang membantu pihak polis melakukan siasatan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana