Ugutan: Itu hanya acah untuk takutkan polis...

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar anggap kisah mengenai ugutan kumpulan kongsi gelap nak balas dendam terhadap polis kerana tembak mati 5 penjenayah di Pulau Pinang kelmarin cuma acah untuk takutkan polis.

Beliau beri jaminan polis tidak akan biarkan kumpulan kongsi gelap lancarkan perang terhadap polis.

Serentak dengan itu Khalid menghentam pihak-pihak yang cuba kritik polis dakwa amal dasar shooot to kill dalanm operasi di Pantai Jerjak itu.

Katanya tiada sebarang dasar seumpama itu dan polis cuma tembak untuk mempertahankan diri.

Beliau mempersoalkan motif pihak yang kritik itu.Katanya ketika jenayah tembak berlaku mereka dakwa polis tidak berbuat apa-apa dan bila bertindak dakwa polis kejam.

"Bila anggota polis mati di Lahad Datu ada yang dakwa kita buat drama,"katanya pemberita selepas melancarkan majlis penganugerahan surat penghargaan kepada pengguna jalanraya ketika Op Selamat III yang lalu di Kuala Lumpur Rabu.

Khalid menegaskan polis tidak akan pedulikan kritikan itu kerana yang menjadi tugas utama ialah jaga keamanan dan keselamatan.

Kisah tentang ugutan terhadap polis muncul ekoran perbuatan pihak tertentu melakar grafiti berbentuk ancaman di dinding di beberapa kawasan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana