Syiah: Penjawat awam akan dikenakan tindakan

KOTA BHARU - Penjawat awam yang terlibat dengan fahaman syiah akan dikenakan tindakan, kata Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Datuk Makhtar Mustapha.

Beliau berkata ketua-ketua jabatan telah diminta untuk membuat pemantauan bagi mengesan individu yang terlibat dengan fahaman syiah ini.

"Mana-mana penjawat awam yang didapati terlibat dengan fahaman ini akan di beri kaunseling, sebelum diambil tindakan yang sepatutnya jika individu tersebut masih terus berdegil," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penyelewengan dan Bahaya Fahaman Syiah Peringkat Negeri Kelantan, di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata setakat ini penularan fahaman tersebut dalam kalangan penjawat awam masih dapat dikawal walaupun ada segelintir yang terlibat.

"Angka yang terlibat saya tiada lagi cuma dalam pengetahuan saya terdapat pegawai yang terlibat dengan fahaman ini, " katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah cawangan Akidah Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Mohd Aizam Mas'od berkata terdapat individu yang telah dikenalpasti terbabit dalam penyebaran fahaman syiah melalui laman sosial blog dan facebook.

"Setakat ini puluhan blog dan facebook berkaitan dengan fahaman tersebut di negara ini telah dikenalpasti dan pihak Jakim dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan pemantauan bagi mengesan pemilik akaun berkenaan," katanya.

Katanya secara keseluruhannya kerajaan berjaya membendung perkembangan fahaman syiah di negara ini. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana