Syiah gugat negara, perlu diperangi segera - Fathul Bari

SHAH ALAM: Ajaran Syiah adalah gerakan yang bersifat doktrin dan ekstrem serta mampu menggugat keselamatan dan keamanan awam, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) Dr Fathul Bari Mat Jahaya.

Katanya, ajaran ini juga mengamalkan keganasan dan mengkafirkan sesama umat Islam sehingga menyebabkan perpecahan negara dan akhirny kestabilan dan keamanan turut binasa.

"Syiah itu sendiri ada gerakan politik, kalau dilihat dalam pendirian-pendirian mereka, akidah mereka dalam rukun mereka, dia ada al-Wilayah yang merujuk kepada kerajaan dan kuasa.

"Syiah ini menggugat keselamatan dan keamanan awam, yang bermaksud kerana doktrin mereka doktrin yang bersifat ekstrem dan wujud di sana kafir mengkafir manusia. Bila ekstrem dia pasti akan menggugat kestabilan dan keamanan sesebuah negara," katanya ketika dihubungi Antarapos di sini, baru-baru ini.

Beliau mengulas laporan media massa baru-baru ini yang melaporkan gejala fahaman Syiah makin menular di negara ini dan dikatakan meresapi parti-parti politik khususnya PAS.

Beberapa nama besar pemimpin PAS juga sering dikaitkan sebagai pengikut Syiah. Antara yang didakwa itu termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu.

Mengulas lanjut, Fathul Bari berkata, isu Syiah tidak sama seperti agama atau kepercayaan lain kerana secara jelasnya fahaman ini mendakwa diri mereka beragama Islam tetapi pada masa yang sama mengakfirkan Nabi Muhammad SAW dan juga para sahabat yang lain.

Bagi beliau, ajaran Syiah ini boleh dianggap sebagai ajaran sesat yang mesti diperangi.

"Mereka menisbahkan diri kepada Islam, itu isunya dan mereka mengelirukan kaum Muslimin. Kalau tidak, buat apa kita tubuhkan Akta Pengawalan Ajaran Sesat. Mereka kena ingat, mereka duduk dalam negara Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Bagaimana ahli Syiah di Iran kawal ahli Sunnah Wal Jamaah, ditangkap dan dibunuh ahli Sunnah? Jadi orang Syiah kena faham isu ini, kerana mereka menisbahkan diri mereka kepada Islam, itu isunya," katanya.
Mengkafirkan nabi, sahabat

Menurut Fathul Bari, atas alasan itu, kerajaan mesti melakukan apa yang terdaya bagi menentang ajaran Syiah yang jelas memesongkan akidah umat Islam.

"Sebab itu kami kena lawan dengan kalian, sebab kalian akan mengelirukan kaum  Muslimin, ahli Sunnah Wal Jamaah agar mempengaruhi kalian.

"Jadi kami kena bangkit memberi penjelasan kepada masyarakat supaya hal ini tidak berlaku, kalau kalian mengaku kalian bukan Islam, yang itu topik lain kita cerita," katanya lagi.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa untuk meneliti sejarah dan latar belakang gerakan ini, kerana ajaran berkenaan telah menyimpang jauh meninggalkan ajaran sebenar.

syiah pengikut sebat badan"Kita dah teliti sejarah dunia latar belakang syiah masa kini, saya rasa beliau kena semak sejarah, kaji latar belakang semula maklumat-maklumat tentang fakta syiah hari ini.

syiah pengikut sebat badan"Sekarang di dunia hari ini, Syiah di Lubnan, Syiah di Iran, Syiah di Bahrain, Syiah di Syria dan mana-mana merata Syiah di seluruh dunia majoriti adalah syiah yang mengkafirkan seluruh sahabat nabi, melainkan beberapa orang sahaja yang tidak.

"Mereka ini Syiah terlampau, ekstrem," katanya.

Menurutnya, Syiah tidak boleh dipandang remeh oleh mana-mana pihak hanya sekadar mereka mengaku mereka beragama Islam kerana terdapat beberapa aspek lain yang perlu dilihat dari segi pengamalan dan kepercayaan mereka yang boleh memesongkan akidah.

"Syiah hari ini yang membawa ideologi ekstrem, mengakfirkan. Jangan cerita Syiah ini mereka semua tak boleh diusik sebab mereka ini Islam, berapa ramai yang mengaku Islam, Ayah Pin tu dan ustaz ustazah yang ikut Ayah Pin juga mengaku Islam.

"Takkan oleh kerana mereka mengaku Islam tak ada masalah. Kita kena teliti dia punya akidah, pegangan pendirian dia, prinsip agama dia apa, barulah kita dapat membuat satu kesimpulan yang betul," katanya.

Mengulas kenyataan sesetengah pemimpin yang mendakwa Syiah harus diterima kerana mereka dibenarkan memasuki kawasan Tanah Haram untuk menunaikan haji, Fathul Bari berkata tindakan itu hanya sekadar menjaga hubungan diplomasi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana