Soo Wincci teruja beri duit raya...Mudah mudahan di Beri Pertunjuk

PENYANYI antarabangsa, Soo Wincci berkongsi rasa terujanya buat pertama kali memberi duit raya kepada kanak-kanak.

Berpuasa buat tahun kedua, Wincci seolah-olah sudah terbiasa dengan amalan itu.

“Tahun ini memang sangat istimewa. Banyak perkara berlaku. Walaupun saya perlu berlatih tarian ketika berpuasa, saya cuba bertahan.

“Tahun ini saya ada bagi duit raya. ‘Excited’ betul. Sekarang saya dah bagi tiga rumah kebajikan dan rancangannya saya akan beri lebih banyak lagi,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui baru-baru ini.

Bercerita tentang rancangannya itu, Wincci juga mahu ke rumah orang-orang tua bagi berkongsi kegembiraan di Aidilfitri.

Mengakui puasa buat tahun kedua ini lebih mudah baginya, Wincci turut mengajak pengurusnya yang juga berbangsa Cina untuk berpuasa sama.

“Tahun ini dan tahun lepas saya dapat rasa nikmat keistimewaan makanan ketika berbuka puasa. Memang lain.

“Saya turut ajak pengurus berpuasa sama-sama dengan saya dan ibu bapa saya belikan kurma untuk saya,” katanya yang mengeluarkan lagu Salam Aidilfitri sempena hari raya, tahun ini.

Wincci juga berazam untuk memakai baju kurung sepasang setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

“Tahun ini, saya berazam. Saya pakai baju kurung setiap hari. Sekurang-kurangnya sehelai sehari. Sebab sebelum ini, saya tak pernah pakai.

“Saya juga ada menerima kiriman baju kurung dan kuih raya dari peminat. Tapi saya tak galakkan sebab saya tak mahu mereka membazir duit,” katanya yang begitu terharu dengan kiriman peminat-peminatnya itu.

Bercakap tentang perancangan hari rayanya, Wincci berkata, dia mahu beraya sakan tahun ini.

“Tahun lepas saya tak dapat beraya. Jadi, tahun ini saya akan beraya ke rumah rakan-rakan artis lain. Itu pun selepas minggu pertama rayalah. Saya nak makan lemang, ketupat, rendang dan kuih raya.

“Ada yang dah jemput saya. Tapi saya kena cari waktu terluang sebab saya perlu hadiri kem tarian sebagai persiapan untuk konsert saya nanti,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana