SKMM soal siasat ibu blogger seks, peguamnya berang

KUALA LUMPUR: Peguam ibu blogger seks kontroversi Alvin Tan hari ini mempersoalkan keperluan ahli keluarga mereka dipanggil untuk memberi keterangan membabitkan pasangan tersebut memandangkan pendakwaan telah dibuat.

Ibu Alvin, yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Tan hari ini dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi mengambil kenyataannya mengenai dua kes melibatkan anaknya tersebut.

"Ia sebenarnya adalah kes melibatkan Alvin.

"Bagaimanapun, apa kaitan ibu Alvin dengan kes tersebut sangat menghairankan kami... Lagipun, Alvin tidak tinggal bersama dengan ibunya ketika artikel Ramadan tersebut dinaikkan dalam laman sosial Facebook," kata peguam Chong Joo Tian yang ditemui diperkarangan pejabat SKMM di Bangunan Sultan Abdul Samad.

Menurut Chong lagi, pihak SKMM semasa mengambil keterangan selama kira-kira dua jam pagi tadi tidak memberikan alasan yang berasas apabila ditanya tentang keperluan ahli keluarga Alvin diambil keterangan.

"Kami tanya mereka (SKMM) alasan apakah kaitan ibu dengan kes tersebut, tapi mereka tidak dapat jawab.

"Malah, semasa kes tersebut berlaku ibunya tidak mengetahui apa-apa langsung tentang perbuatan anaknya tersebut," terang Chong lagi.

Chong juga menggesa pihak SKMM supaya tampil memberikan penjelasan sama ada mereka sengaja memberi gangguan kepada Puan Tan kerana yang jelas tidak mempunyai kaitan dengan kes anaknya tersebut.

"Puan Tan ada bertanyakan kepada saya sama ada ini satu bentuk gangguan terhadap dirinya.

"Saya tidak tahu adakah ini satu gangguan atau apa, mungkin pihak SKMM boleh jelaskannya," terang beliau lagi.

Chong juga tidak tahu sama ada ibu Alvin bakal dipanggil sebagai saksi melibatkan kes anaknya tersebut kerana SKMM tidak memberi sebarang pengesahan tentang perkara tersebut.

Semalam, mendedahkan Puan Tan telah dipanggil SKMM pada Khamis lalu untuk memberi keterangan pada hari ini.

Ibu kepada pasangan yang dikenali sebagai Alvivi tersebut dalam wawancara baru-baru ini telah menyatakan rasa kurang senangnya dengan tindakan anaknya bersama teman wanita.

"Saya terkejut apabila tersebar isu video seks sebelum ini. Saya beri amaran kerana Malaysia sebuah negara konservatif, bukan seperti negara barat," kata Puan Tan.
Pasangan Alvin dan Vivian masing-masing telah ditahan di Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang pada 18 Julai lepas selepas Hakim Mahkamah Sesyen Murtazadi Amran tidak membenarkan mereka diikat jamin.
Seminggu kemudiaan, pasangan tersebut dibebaskan daripada penjara selepas Mahkamah Tinggi membenarkan kedua-dua diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin setiap orang.

Pasangan tersebut berhadapan tiga pertuduhan, iaitu berkaitan dengan penyiaran gambar mereka makan hidangan daging babi dengan mengucapkan kepada umat Islam 'Selamat Berbuka Puasa' di Facebook dan memuat naik gambar-gambar lucah di blog mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana