Saya bukan Mahathir, bila bersara, bersaralah, kata Pak Lah

SHAH ALAM: Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau tidak akan menggunakan pendekatan Tun Dr Mahathir Mohamad yang gemar bersikap agresif dengan mencampuri urusan pentadbiran politik semasa.

Beliau yang dipetik akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau, hari ini berkata dirinya tidak gemar mengacau orang yang sedang bekerja dan tidak berhasrat memberi pandangan dalam pelbagai isu atau memberi panduan kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

"Bila bersara bersaralah, tak perlu mengacau orang yang sedang bekerja.

"Jika ada perkara yang tidak berkenan di hati, lebih baik sampaikannya di dalam diam dan tidak perlu meluahkan secara umum yang mungkin menimbulkan perasaan kurang senang," katanya yang dipetik akhbar itu.

Menurut Abdullah atau juga mesra dengan panggilan Pak Lah, berdasarkan pegangan itu, beliau memilih untuk mendiamkan diri kerana berpendat apabila seseorang itu sudah bersara mereka tidak seharusnya mencampuri urusan pentadbiran politik semasa.

Abdullah menerusi buku terbarunya berjudul Awakening, The Abdullah Years in Malaysia, mendakwa Mahathir adalah seorang pemimpin yang penuh kontradiksi.

"Mahathir percaya hanya caranya yang betul. Apabila saya cuba melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza, beliau kata saya membuat kesilapan. Itu adalah cara Mahathir... Beliau  tidak boleh menerima pandangan orang lain, baginya dirinya sahaja yang betul.

"Saya tidak suka apa yang dilakukan oleh Mahathir. Saya berinya peluang untuk menyatakan pandangannya kepada saya. Malah saya pergi berjumpa dengannya tetapi dia memilih membidas saya dan pentadbiran saya secara terbuka," katanya.

Beliau seterusnya dalam buku itu memberi contoh mengenai pemimpin veteran yang didakwanya sering membuat kenyataan dan tindakan yang bercanggah.

"Mahathir adalah lelaki yang penuh kontradiksi. Apabila kita (BN) menang besar pada tahun 2004, beliau kata mandat besar tidak baik untuk negara.

"Bila kita tidak menang besar pada tahun 2008, beliau mempersalahkan saya. Malah sekarang pun beliau masih berbuat demikian. Biarkanlah beliau kata apa yang disukainya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana