Saya Akan Umum Bila Tiba Masa Yang Sesuai: DS Zambry

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir masih berteka-teki sama ada bertanding akan bertanding merebut jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

“Saya tidak mahu berfikir lebih tentang diri saya sebaliknya saya mahu lebih memikirkan tentang parti.

“Jika boleh saya mahu kita mempunyai mereka yang layak diberikan seluas-luasnya ruang untuk bertanding dan memegang jawatan sebagai ahli-ahli majlis tertinggi,” katanya kepada pemberita ketika diasak sama ada beliau akan bertanding atau sebaliknya.

Ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri peringkat negeri di Ipoh, petang tadi, Menteri Besar Perak itu juga memaklumkan akan membuat pengumuman rasmi apabila tiba masanya kelak.

“Saya tidak mahu buat kenyataan rasmi lagi kerana tidak mahu pendapat saya itu kelak akan menjejaskan mereka yang ingin bertanding dalam pemilihan peringkat MT.

“Walaupun mendapat banyak sokongan dari peringkat bahagian untuk bertanding dalam MT pada pemilihan lalu, saya tetap menolak kerana ia bukan membabitkan diri saya semata-mata tetapi juga masa depan parti UMNO,” katanya lagi.

Beliau juga mengakui peri pentingnya seseorang calon yang menyimpan hasrat untuk bertanding pemilihan anggota MT mempunyai kelayakan yang bersesuaian.

Terdahulu, Zambry menegaskan beliau cukup gembira menyaksikan ribuan rakyat jelata membanjiri kediaman rasmi Menteri Besar untuk menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri 2013.

Katanya, kehadiran rakyat pelbagai agama dan bangsa itu membuktikan semangat perpaduan dan keharmonian yang terjalin selama ini masih kekal utuh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana