Rasuah Khalwat – Pegawai JAIS Didakwa Makan Suap..Akhir Tertangkap Jua

SHAH ALAM – Penguatkuasa di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dipercayai menyalahguna kuasa apabila bertindak menerima suapan daripada pasangan yang melakukan kesalahan khalwat sehingga berjaya mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit sebulan.

Memetik laporan Berita Harian hari ini, tiga penguatkuasa berkenaan telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahad minggu lalu dan bakal didakwa pada minggu hadapan.

Ketiga-tiga mereka dipercayai telah lama melakukan kegiatan itu bersama berdasarkan buku simpanan bank masing-masing.
“Mereka dipercayai sudah lama menjalankan kegiatan berkenaan malah dipercayai mampu memperoleh puluhan ribu ringgit sebulan,

“Kerana terdesak dan bimbang akan dikaitkan dengan kesalahan selain menanggung malu, pasangan itu sanggup membayar tuntutan itu,” katanya.

Menurut sumber itu, mereka menyasarkan pasangan khalwat yang akan didakwa sebelum meminta suapan kononnya bagi membebaskan mereka daripada dakwaan.

Katanya mereka selalunya meminta RM3000 daripada pasangan berkenaan seminggu atau dua minggu sebelum tarikh mereka didakwa.

Pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Mahad yang dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan disiasat mengikut kesalahan 17 (A) Akta SPRM 2009.

“Dua aduan dibuat berhubung kegiatan sindiket dalam kes khalwat di Genting Highlands tahun lalu dan kes terbaru di Saujana Putra dengan nilai suapan sama iaitu RM3000.

“Dua daripada individu yang ditahan berusia 27 tahun dan 32 tahun terbabit dalam dua kes yang sama dan kaedah suapan secara tunai dan menerusi bank.

“Pasangan itu dikatakan dihubungi pasangan khalwat itu dan meminta jumlah suapan jika mahu dakwaan terhadap mereka digugurkan.

“Bagaimanapun tiga kakitangan JAIS yang ditahan itu tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa pasangan berkenaan. Walaupun sudah membayar wang berkenaan, pasangan itu tetap juga kena dakwa,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana