Rafizi: Kami akan terus tekan SPR, kerajaan...Kalah Buat lah Cara Kalah

SHAH ALAM – PR menegaskan isu dakwat kekal yang menjadi pertikaian pihaknya pada PRU13 yang lalu, tidak akan ditamatkan begitu sahaja, setelah beberapa pendedahan mengejutkan dibuat bulan lalu.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, PR telah mendapat maklumat tambahan mengenai perkara tersebut dan akan didedahkan kepada umum dalam masa yang sesuai.

Menurutnya, bukti-bukti yang dikumpul itu akan digunakan untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan.“Kita tak akan tamatkan begitu sahaja perkara itu.“Kita ada semua maklumat untuk terus bawa isu ini, dan bagi tekanan kepada kerajaan dan SPR supaya mengambil tindakan,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Penggunaan dakwat kekal mula diperkenalkan SPR pada PRU13 sebagai salah satu proses penambahbaikan sistem pilihan raya.

Bagaimanapun, dakwat kekal yang diberi jaminan akan kekal dalam tempoh lima hari tidak seperti yang diumumkan.

Perkara ini mencetuskan persoalan oleh pelbagai pihak dan menggesa SPR memberikan penjelasan.

Setelah beberapa siri himpunan diadakan, PKR kemudiannya tampil dengan beberapa dakwaan membabitkan isu dakwat kekal.

Rafizi sebelum ini mendakwa pembekal dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 ada hubungan rapat dengan kedua-dua pegawai tertinggi SPR.

Rafizi turut mendakwa kontrak membekal dakwat kekal itu diberi secara rundingan terus.

Beliau juga mendakwa syarikat pembekal topi pada PRU13 diberi kepada syarikat sama yang membekal dakwat kekal yang didakwa mudah ditanggal.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana