Polis tahan empat lelaki terbabit kes tembak di Ipoh

IPOH: Polis Perak memberkas empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian tembak di Kampung Simee di sini bulan lepas, menerusi serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Medan Bercham 4, di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A Paramasivam berkata serbuan pukul 9.30 malam oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat (D9) itu susulan penangkapan tiga suspek minggu lepas.

"Dengan tangkapan empat suspek berusia dalam lingkungan 30-an ini, kes di Kampung Simee dianggap selesai," katanya pada sidang media, di sini.

Mengulas serbuan itu, Paramasivam berkata dua daripada suspek diberkas di tingkat bawah rumah berkenaan manakala dua lagi yang meloloskan diri menerusi bumbung, ditangkap di rumah bersebelahan.

Dalam serbuan itu polis turut merampas sepucuk pistol jenis Baretta 9mm dan dua butir peluru, katanya.

Menurutnya ketika serbuan polis terpaksa melepaskan tembakan mempertahankan diri setelah suspek keempat yang lolos ke rumah bersebelahan bertindak menembak ke arah pasukan keselamatan dalam cubaannya melarikan diri.

"Tidak ada kecederaan dilaporkan akibat kejadiaan tembak-menembak itu," katanya.

Menurut Paramasivam, pemeriksaan lanjut ke atas rumah yang didiami suspek menemukan beberapa bungkusan mengandungi pil dipercayai dadah jenis eramin 5 dan polis percaya rumah itu turut dijadikan makmal memproses dadah.

Pada 28 Julai lepas, seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas mereka ditembak oleh suspek yang menaiki sebuah kereta dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Kampung Simee.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana