Polis kenal pasti motif 16 kejadian tembak di PP

GEORGE TOWN 6 Ogos - Pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap, pertembungan perniagaan dan pergaduhan isu peribadi adalah antara motif yang dikenal pasti punca 16 kejadian tembakan di sekitar negeri ini sejak Januari lepas, kata polis.

Sehubungan itu, polis Pulau Pinang telah mengenal pasti suspek-suspek 16 kes jenayah bersenjata api itu, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi.

"Kami akan mengambil tindakan terhadap mereka dalam masa terdekat," katanya berucap pada perhimpunan bulanan Kontinjen Polis Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, kadar jenayah indeks bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini mencatat peningkatan iaitu 307 kes, meningkat 6.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

"Walaupun jumlah indeks jenayah meningkat, saya masih berasa bangga kerana kadar penyelesaian kes telah mencapai 42 peratus melepasi 35 peratus yang disasarkan dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI)," katanya.

Beliau berkata, kadar pertuduhan bagi tempoh yang sama mencapai 32.3 peratus.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, hanya 10 peratus daripada anggota polis Pulau Pinang dibenar bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

"Saya tidak membenarkan ramai anggota bercuti dan saya akan membuat pertimbangan sebelum menandatangani borang cuti mereka," katanya.

Beliau berkata anggota polis bahagian trafik tidak akan dibenar bercuti minggu ini disebabkan aliran trafik di negeri ini yang semakin sibuk. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana