POLIS GIAT BURU ANGGOTA 'GENG 08 VINOD' DI HUTAN ULU YAM

Kuala Lumpur, 8 Ogos - Polis sedang giat memburu seorang anggota 'Geng 08 Vinod' yang melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata lelaki berusia lingkungan 20-an itu dipercayai masih berada di sekitar kawasan hutan Ulu Yam, di sini.

"Kami percaya suspek masih dalam hutan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Dalam kejadian semalam, polis menahan tiga daripada empat lelaki dipercayai anggota 'Geng 08 Vinod' selepas kereta dinaiki mereka terbabas apabila cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.

Sebaik sahaja terbabas, kesemua suspek melarikan diri ke dalam hutan berhampiran, namun tiga suspek berjaya ditahan dengan bantuan unit anjing pengesan. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana