PM gesa polis ambil tindakan segera banteras jenayah serius

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera dalam memerangi jenayah serius sekaligus mengembalikan ketenteraman dan keyakinan orang awam.

Malah, Perdana menteri berkata terserah kepada polis untuk meminta kerajaan apa yang mereka perlukan dan kerajaan akan memberikan mereka apa yang dikehendaki untuk meningkatkan keberkesanan pasukan itu dalam memerangi jenayah serius.

"Kita tidak boleh biarkan keadaan dengan jenayah serius ini berterusan. Tindakan segera perlu diambil oleh pihak berkuasa untuk mengembalikan ketenteraman dan keyakinan orang awam," katanya dalam status Facebooknya hari ini.

Najib berkata demikian mengulas insiden yang menimpa Pengasas AmBank Hussain Ahmad Najadi kelmarin.

Semalam, agensi berita nasional, Bernama melaporkan polis tidak menolak kemungkinan urusan jual beli hartanah adalah motif di sebalik kejadian Hussain mati ditembak.

Bagaimanapun, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata ia masih dalam siasatan dan pihaknya sedang mengumpul maklumat latar belakang kejadian itu.

Beliau percaya perkara ini dilakukan oleh pembunuh upahan dan polis akan memanggil tujuh saksi untuk merakam keterangan.

Jenazah Hussain selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada 10 malam semalam selepas disembahyangkan di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta selepas solat Isyak.

Balu Allahyarham, Chong Mei Kuen serta kira-kira 30 anggota keluarga dan rakan beliau hadir memberi penghormatan terakhir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana