PKR Tidak Setuju Wanita Bersama Anjing Dikenakan Tindakan

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir kerajaan sebagai ‘terlebih tindakan’ terhadap wanita yang membuat video kontroversi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anjing-anjingnya, Maznah Mohd Yusof, 38, juga dikenali sebagai Chetz.

” (Sepatutnya) hanya beri teguran dan beri dia peluang untuk membela diri,” kata Anwar dilaporkan FMT ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Anwar membuat kenyataan itu selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan status klip video ’1 Hari Di Hari Raya’ yang disebarkan di laman sosial baru-baru ini adalah menghina Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya telah mengarahkan Jakim memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Sebelum ini, Chetz telah direman dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Johor untuk membantu siasatan setelah diambil keterangan di Bukit Aman pada Khamis.

“Kita berdiam diri mengenai perkara-perkara yang lain. Kita ada Muslim yang memperoleh saham dalam San Miguel Corp dan tiada siapa yang mengapa-apakannya.

“Ini mencerminkan keburukan pada apa yang sepatutnya menjadi keutamaan kita,” kata Anwar.

Anwar turut menuduh kempen membendung Syiah yang dilakukan kerajaan sebagai muslihat untuk menyerang Pas.

“Walau bagaimanapun, saya fikir (Presiden Pas) Hadi Awang telah membuat penjelasan yang baik mengenai perkara itu.

“Walaupun di Malaysia kita adalah orang Islam Sunni, (tetapi) kita tidak harus sama sekali mengajar kebencian terhadap kumpulan Syiah” katanya.

Sementara itu, Latheefa Koya yang menjadi peguam kepada Chetz mengkritik Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari yang didakwanya bersifat prejudis terhadap hak-hak undang-undang wanita itu.

Jailani dipetik sebagai berkata bahawa Chetz memerlukan pemulihan oleh JAKIM kerana lemah akhlaknya.

“Kami terkejut bahawa Kementerian telah membuat serangan ke atas kelakuan dan moral orang awam secara peribadi.

“Ini semangat yang tiada toleransi dan ketaksuban tidak boleh diterima,” katanya dalam satu kenyataan bersama dengan seorang lagi peguam, N Surendran.

Latheefa dan N Surendran adalah aktivis PKR yang juga peguam dari Lawyers For Liberty (LFL)

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana