Penjenayah dipakaikan alat pengesan

CYBERJAYA 17 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan perbincangan dengan Peguam Negara bagi membolehkan penjenayah yang disiasat di bawah Akta Pencegahan Jenayah dipakaikan dengan Peranti Pemantauan Elektronik (EMD) bagi mengelakkan mereka gagal dikesan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sekiranya cadangan tersebut mendapat persetujuan, pemakaian EMD akan diwajibkan kepada penjenayah tertentu yang disiasat di bawah Akta Pencegahan Jenayah dan dilaksanakan tidak lama lagi.

Beliau berkata, pemakaian EMD sebenarnya telah dilaksanakan untuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan ia memberi kelebihan kepada pihak polis untuk memantau pergerakan individu tertentu.

"Pihak Peguam Negara telah memberi maklum balas yang positif terhadap cadangan ini. Sebaik sahaja undang-undang dipinda dan Akta Pencegahan Jenayah dilaksanakan, kita akan mewajibkan pemakaian EMD terhadap penjenayah tertentu.

"Ini sahaja alternatif yang kita ada untuk mengekang pergerakan penjenayah daripada gagal dikesan selepas diikat jamin. Selepas mendapat persetujuan Jabatan Peguam Negara, kita akan maklumkan kepada umum," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Program Desa Selamat Zon Selatan Selangor di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan; Exco Pusat Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Mohd. Som Sulaiman; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah dan Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman.

Mengenai Program Desa Selamat Zon Selatan Selangor anjuran MCPF, Khalid berkata, program itu dilancarkan dengan harapan dapat memberi penerangan dan kesedaran kepada penduduk luar bandar mengenai kepentingan pencegahan jenayah.

Katanya, kempen yang melibatkan tiga daerah iaitu Sepang, Kajang dan Kuala Langat itu merupakan yang kedua kali diadakan di negeri ini untuk memberi peluang kepada masyarakat luar bandar lebih mendekati pihak polis.

"Melalui kempen ini, pakar akan dipanggil untuk memberi penerangan mengenai pencegahan jenayah kepada penduduk luar bandar dan pada masa yang sama kami juga akan mendekati mereka agar hubungan antara polis dan penduduk luar bandar lebih rapat.

"Kami juga berharap agar mereka memperoleh lebih pengetahuan mengenai cara berurusan dengan pihak polis. Contohnya jika laporan mereka tidak disiasat masalah itu boleh terus diadukan kepada Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Negeri melalui saluran tertentu," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana