Pengundi buat laporan polis ke atas Koo Ham

IPOH - Seorang pengundi di kawasan Parlimen Ipoh Barat hari ini membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur hasutan mengenai petisyen pilihan raya yang ditolak Mahkamah Pilihan Raya.
 
Ahmad Faizal Jaafar, 37, berkata laporan polis itu dibuat kerana kenyataan tersebut dilihat satu cubaan memperlekehkan sistem kehakiman negara.
 
"Pada pandangan saya, kenyataan tersebut boleh mendatangkan kekeliruan dan persepsi negatif terhadap sistem kehakiman yang menjadi tunjang keharmonian negara," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, di sini.
 
Koo Ham dalam laman Twitternya baru-baru ini dikatakan membuat kenyataan berbunyi "Courts the place to hear election grievances, if they refuse to hear they are sending a message to aggrieved parties to go to the streets."
 
(Mahkamah tempat mendengar aduan pilihan raya, jika mereka enggan mendengar, mereka menghantar isyarat kepada pihak pengadu supaya turun ke jalan raya).  - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana