Pemilik restoran nasi kandar cuba tarik pelanggan guna iklan AK47

KUALA LUMPUR: Sekilas pandang, ramai yang keliru bahawa Restoran AK-47 sebenarnya menjual nasi kandar dan bukannya senjata api.

Namun gara-gara strategi pemasarannya yang kabur itu menyaksikan restoran itu disaman oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Restoran yang terletak di Jalan Sultan Ismail memaparkan papan tanda yang tertera dua senapang Kalashnikovs dengan gambar seorang lelaki beruniform memegang senjata berkenaan.

Menurut orang ramai, mereka pelik bagaimana pihak berkuasa membenarkan papan tanda seumpama itu didirikan.

"Papan tanda ini memberi mesej yang salah. Apatah lagi dalam keadaan kes tembakan yang menular di negara baru-baru ini," kata seorang lelaki yang tidak mahu namanya disiarkan.

Tinjauan mendapati restoran ini telah beroperasi sejak tahun 2009, dengan kebanyakan pekerjanya adalah rakyat asing.

Ironinya, pemilik restoran Imann Huraiya berpendapat tiada sebarang masalah dengan papan tanda berkenaan.

"Sesiapa sahaja harus dibenarkan untuk menamakan restoran mereka apa nama yang mereka suka. Saya sentiasa berminat dengan AK-47 jadi saya namakan restoran itu sempena dengan nama senapang itu, " kata Imann.

Jelas beliaui, nama AK-47 berasal dari singkatan nama dua anak lelakinya, Aiman dan Khir, yang kebetulan berusia empat dan tujuh tahun apabila dia membuka kedai pertamanya di Selayang pada tahun 2006.

"Nama dan umur anak saya pada masa saya membuka kedai pertama memberi inspirasi kepada saya untuk menamakan restoran saya sebagai AK-47," katanya, sambil menambah bahawa anak-anaknya juga kagum dan terpesona dengan badan-badan beruniform dan senjata api.

Imann bagaimanapun mengakui papan tanda restorannya tidak mendapat kelulusan daripada DBKL tetapi menegaskan bahawa beliau mempunyai lesen perniagaan dari pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan restorannya itu.

Apabila dimaklumkan, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, papan tanda itu "jelas menyalahi undang-undang".

"Ia adalah ofensif, tidak sensitif dan salah. Anda tidak boleh meletakkan papan tanda di sebuah kedai makan dengan gambar senapang kerana ia tidak dibenarkan dan bukan sebahagian daripada garis panduan kami. Pemilik mesti menurunkan papan tanda itu."

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana