Pemilihan CEC: DAP mahu jelajah negara...Tak Boleh Menerima kenyataan Lah Tu

SHAH ALAM: DAP akan mengadakan jelajah seluruh negara bagi menguatkan tuduhannya sebelum ini kononnya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menyalahguna kuasanya sehingga membawa kepada keputusan untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataannya terus menuduh badan itu sebagai tidak profesional.

"Tidak dapat disangkal lagi RoS berulang kali bertindak secara tidak profesional, tidak beretika dan melanggar undang-undang dengan membuat kenyataan media yang tidak berasas atau sah di sisi undang-undang," katanya dalam satu kenyataan.

ROS sebelum ini mengeluarkan arahan berkenaan setelah mendapat bantahan daripada ahli DAP sendiri apabila parti itu dikatakan melakukan penyelewengan dalam proses pengiraan undi.

Terdahulu DAP mengakui berlaku kesilapan teknikal dalam pengiraan undi CEC, yang menyaksikan Setiausaha Politik kepada Guan Eng, Zairil Khir Johari diangkat menjadi ahli jawatankuasa itu.

Bagaimanapun pengumuman kesilapan itu dibuat tiga minggu selepas pemilihan CEC diadakan pada Disember lalu.

Guan Eng berkata RoS sehingga kini masih gagal memberikan sebarang bukti kukuh ke atas tuduhan mereka yang mengatakan parti memanipulasi pemilihan CEC lalu serta memberikan alasan tidak berasas.

Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam mengumumkan DAP bersetuju mengadakan pemilihan semula CEC.

Dijangka semua delegasi CEC 2008-2011 akan berjumpa pada Khamis depan untuk membincangkan persediaan bagi mengadakan pemilihan semula jawatankuasa itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana