Pelantikan Lajim Bukti PKR Lebih Iktiraf, Hormati Pemimpin Kaki Lompat

Pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang baru oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan bahawa kepimpinan pusat PKR tidak mengiktiraf usaha serta sumbangan mereka yang membawa parti itu ke Negeri Bawah Bayu.

lajim_bumburing_jualan_murah_anwar_beli_sabah

Ketua Pemuda UMNO Sabah, Datuk Awang Kadim Tang menyifatkan pelantikkan itu boleh dianggap sebagai satu penghinaan kepada pemimpin PKR yang bersusah payah membawa parti itu ke Sabah sejak 2008 sehingga berjaya menawan empat kawasan DUN pada pilihan raya umumke 13 lalu.

“Apa yang dibuat oleh pemimpin Sabah tidak mendapat perhatian,  apa yang dilakukan sebelum ini adalah sia-sia, kerja keras sehingga berjaya menawan empat DUN pada pilihan raya lalu tidak diiktiraf, pemimpin lompat parti tetap menjadi pilihan untuk terajui PKR Sabah.

“Jika pemilihan Lajim dilantik sebagai Ketua Pembangkang menjadi isu hangat di kalangan wakil rakyat pembangkang, kini pemilihan jawatan baru pula menjadi duri dalam daging kepada PKR Sabah, walaupun mereka tidak membantah, namun suara-suara sumbang turut kedengaran mengenai pelantikkan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online ketika diminta mengulas pelantikan Datuk Seri Lajim Ukim sebagai Ketua PKR Sabah yang baru oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan pelantikan itu mendapat persetujui daripada Majlis Tertinggi parti berkenanan .

Pelantikan Lajim itu terus menjadi persoalan di kalangan pembangkang Sabah kerana apakah keistimewaan yang dimilikinya sehingga diberi dua jawatan penting di Sabah sedangkan beliau baru sahaja menyertai pembangkang selepas meninggal UMNO, malah pada pilihan raya lalu keputusan yang diperolehi tidaklah memberansangkan hanya menang tipis di peringkat DUN Klias dan kalah di Parlimen Beaufort.

Awang Kadim berkata, perkembangan terbaru itu menunjukkan bahawa kejayaan pembangkang terutama PKR pada pilihan raya lalu masih belum dapat kepercayaan Anwar yang juga ketua kepada Pakatan Pembangkang.

“Permasalahan dalaman yang berlaku bukan sahaja membabitkan di peringkat pusat, ia turut berlaku di peringkat negeri, Anwar terus menggunakan kuasanya untuk melantik siapa yang dikehendaki tanpa mempedulikan pemimpin lain,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana