PAS lesu jana pembangunan Kelantan - Dr Agus

SHAH ALAM: PAS dilihat tidak banyak melakukan pembaharuan ke atas pentadbiran Kelantan sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu dan terus menjadikan negeri itu mundur dari pelbagai segi kata penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Agus Yusoff.

Beliau juga berkata PAS Kelantan gagal mengetengahkan idea-idea baru dalam memajukan sektor ekonomi dan sosial rakyatnya dan tidak berupaya menjalankan pembangunan yang telah diputuskan sebelum ini, seperti Projek Lebuh Raya Rakyat.

Agus melalui laman Facebooknya berkata projek lebuh raya yang mengutip dana daripada rakyat negeri itu merupakan satu keperluan memandangkan ramai anak-anak Kelantan yang berada di luar negeri tersebut merungut tentang kesesakan jalan raya, terutamanya apabila menjelang sesuatu perayaan dan cuti umum.

Malah kontraktor utama yang terbabit dalam projek Lebuh Raya Rakyat juga telah menarik diri atas alasan tiada jaminan pembayaran perlaksanaan projek berkenaan daripada kerajaan negeri.

Selain itu, Agus turut mempersoal status projek stadium yang belum juga dilaksanakan walaupun ia bakal melonjakkan ekonomi negeri termasuk harga tanah berdekatan, pembinaan banyak rumah baru dan membuka ruang perniagaan.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan negeri mengadakan rundingan bersama kerajaan pusat jika mahu kedua-dua projek utama tersebut diteruskan dan diselesaikan.

Menyentuh isu bekalan air di Kelantan yang dikatakan akan selesai hujung tahun ini, Agus bagaimanapun menjelaskan ada perubahan dari segi kuantitinya, namun tahap kualitinya masih kurang memberangsangkan, terutama sistem perawatan air.

Begitu juga isu kebersihan bandar dan hubungan antara kerajaan pusat-negeri dilihat semakin baik berbanding penggal-penggal terdahulu, selain membenarkan penyertaan golongan wanita di dalam musabaqah al-Quran.

Agus juga menggesa kerajaan Kelantan terus menguruskan tuntutan royalti minyak yang merupakan hak negeri itu, dan jika perlu dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan keputusan yang lebih autoritatif.

Dalam menambahbaik pembangunan dan memajukan rakyat Kelantan, Agus mencadangkan kerajaan negeri, terutama Exco Pertanian menghidupan semula program pertanian dan penternakan kambing Jamnapari yang masih tergendala.

Malah beliau meminta kerajaan negeri mencontohi kemajuan pertanian di Thailand dalam sektor pertanian dalam memajukan projek padi organik di Tunjong yang semakin lenyap dari rancangan kerajaan Kelantan.

Dalam menjadikan Kelantan berdiri sama tinggi dengan negeri-negeri lain, Agus menggesa barisan exco menumpukan usaha-usaha memajukan negeri seperti Projek Ladang Rakyat, dan bukannya 'memPASkan' pembangunan dan rakyat Kelantan semata-mata.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana