PAS akur kerajaan Selangor gagal pindah kilang arak di Shah Alam...Sebelum Memerintah Kasar Besar..Inilah dikatakan Munafik

SHAH ALAM: Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad mengakui usahanya untuk memindahkan sebuah kilang arak yang secara tidak rasmi dianggap sebagai mercu bandar Shah Alam menemui jalan buntu.

Katanya, meskipun beliau telah berunding bersama pihak pengurusan syarikat itu pada tahun 2010, namun beliau akur kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat tidak mampu melakukan pemindahan berkenaan secara bersendirian kerana memerlukan kos yang tinggi.

"Ia nampak tak berjaya. Sekarang ini Carlsberg dah jadi macam mercu tanda Shah Alam.

"Orang kata, siapa yang memandu di Lebuhraya Persekutuan nampak sahaja kilang Carlsberg maka itulah Shah Alam. Inilah yang kita cuba nak hilangkan," katanya ketika diwawancara secara eksklusif bersama Antarapos di sini, baru-baru ini.

Menurut Khalid yang juga adalah Ahli Parlimen Shah Alam, hasrat untuk memindahkan kilang arak itu hanya boleh menjadi kenyataan jika tanah tapak kilang itu diperlukan untuk sesuatu projek yang besar.

"Pihak pengurusan kata boleh (pindah) tapi kena bayar. Nilai dianggarkan lebih kurang RM500 juta bagi proses perpindahan, (bina) kilang, tanah dan sebagainya yang telah mereka keluarkan.

"Ini satu perkara yang agak menyedihkan kerana Shah Alam kita nak jadikan bandaraya Islam dan ikonnya adalah Masjid Negeri," katanya.

Mengulas lanjut, beliau melahirkan harapan agar proses pemindahan kilang itu dapat dilaksanakan satu hari nanti dengan menawarkan beberapa lokasi, antaranya Pulau Indah supaya ia berada jauh dari laluan dan pemandangan awam.

Sehubungan itu, katanya, rakyat Selangor khususnya yang tinggal di Shah Alam perlu menyokong hasrat murni berkenaan agar imej bandaraya berkenaan dapat dipulihkan.

Khalid, tiga tahun lalu, mengejutkan ramai pihak apabila mengadakan lawatan kerja ke kilang arak di Seksyen 15, itu yang dikatakan pertama kalinya dilakukan oleh pemimpin parti Islam.

Lawatan itu diadakan bagi membincangkan cadangan pemindahan stesen bas Shah Alam Seksyen 17 ke tapak berkenaan. Namun sehingga hari ini, kerajaan negeri Selangor bukan sahaja gagal memindahkan kilang arak itu tetapi tidak juga berjaya membina sebuah stesen bas yang baru.

Kilang Carlsberg itu mula beroperasi pada tahun 1972 dan difahamkan pihak syarikat itu telah melakukan pelaburan yang tinggi termasuk membeli tanah di sekeliling kilang berkenaan sekitar tahun 2000 dan 2001 yang seluas enam ekar bagi menampung keperluan pembesaran pada masa hadapan.

Turut difahamkan, sebahagian besar pekerja di kilang berkenaan terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana