Panas Beb...Harun Taib: Pengaruh Hadi tidak mampu selesaikan konflik Mesir

KUALA LUMPUR: Pengaruh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai tokoh Islam yang dihormati dalam kalangan pemimpin gerakan Islam tidak mampu menyelesaikan pergolakan yang kian meruncing di Mesir, kata ketua sayap ulamanya Datuk Harun Taib.

Jelas beliau, desakan agar Malaysia menggunakan pengaruh Abdul Hadi untuk menjadi 'orang tengah' bagi mencari jalan penyelesaian tidak akan mengubah ketegangan politik di negara bergolak itu.

"Saya tak mahu komen...pengaruh dia nak guna untuk apa dan untuk siapa ?," kata ulama PAS ini ketika dihubungi.

Naib Persiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sebelum ini menyarankan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan pengaruh Hadi untuk menjadi 'orang tengah' bagi meleraikan konflik di Mesir.

Ini kerana kata Mahfuz, Hadi mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan pemimpin gerakan Islam di Timur Tengah selain mempunyai mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan Ikhwanul Muslimin.

Situasi politik di Mesir tegang ekoran penggulingan Presiden Mohammed Morsi pada 3 Julai lalu oleh pihak tentera negara itu.

Demonstrasi yang berlarutan oleh penyokong dan penentang Morsi sejak tarikh itu mencapai kemuncak apabila kira-kira 120 penyokong Morsi terkorban dan lebih 4,500 yang lain cedera dalam kejadian tembakan terhadap penunjuk perasaan pro-Morsi.

Kerajaan baru Mesir perlu bubar Parlimen bagi pilihan raya semula diadakan.

Menurut Harun, pemerintah Mesir semasa yang mengambil alih pentadbiran negara melalui rampasan kuasa perlu menyerahkan semula kuasa penentu kepada rakyat dengan berpegang kepada prinsip demokrasi.

Justeru beliau berkata apa jua bentuk desakan yang dibuat tidak memberi sebarang makna selagi kerajaan sedia ada enggan bekerjasama.

"Saya fikir perkara ini serah kepada kerajaan Mesir yang baru itulah, dia mesti serahkan balik kuasa kepada rakyat.

"Serah balik kuasa kepada rakyat kalau nak selesaikan masalah yang berlaku," katanya.

Tambah pemimpin veteran ini, pilihan raya semula merupakan alternatif terbaik untuk menghentikan pergolakan berdarah yang dilihat semakin meruncing itu.

"Sebab dia yang buat rampasan kuasa, jadi kerajaan yang rampas kuasa itu perlu serahkan kuasa kepada rakyat.

"Ya, diadakan pilihan raya semula dan serahkan kepada rakyat Mesir untuk menentukannya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana