Pakatan akan terkubur pada PRU-14, kata Shahidan

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim menjangkakan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terkubur pada Piihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ini kerana katanya, pembangkang sudah sampai ke puncaknya dan tidak mampu untuk mempengaruhi rakyat yang sudah bosan dengan rentak mereka yang kerap-kali memperdayakan mereka.

"Saya rasa PRU-14 mereka (prestasi pembangkang) akan lebih merundum jatuh lebih teruk lagi.

"Saya melihat pencapaian pembangkang yang paling maksimum ialah pada PRU-13, dia sudah sampai ke puncaknya dan umur Datuk Seri Anwar pun sudah sampai ke puncaknya sekarang.

"Mungkin apabila kita sudah sampai ke puncak, sudah tidak ada yang lebih tinggi daripada puncak selain turun ke bawah semula, jadi PRU-13 adalah puncak kepada perjuangan pembangkang dan sudah pasti PPU-14 mereka akan turun," katanya dalam satu wawancara khas bersama Antarapos di sini, baru-baru ini.

Menurut Shahidan yang juga adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pengamatannya itu juga dibuat berdasarkan krisis dalaman yang dihadapi di kalangan rakan komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS-DAP-PKR.

"Saya tahu mereka juga menghadapi masalah dalam DAP, PAS dan Keadilan (PKR) sendiri, masalah kehadiran orang muda dalam parti mereka di mana orang muda lebih dinamik dan orang lama dilihat lebih sombong dan sebagainya," katanya.

Meskipun mengakui tempoh menghadapi PRU-14 masih jauh, namun bagi Shahidan, rakyat perlu membuat keputusan dengan teliti berdasarkan pengalaman pembangkang yang mentadbir beberapa kerajaan negeri.

"Jadi PRU-14 lebih mencabar kerana orang sudah melihat sejauh mana pembangkang boleh buat pada PRU13 dan sejauh mana mereka mampu menjadi alternatif kepada Barisan Nasional," katanya.

Malah katanya rakyat sekarang pun mulai bimbang apabila pemimpin pembangkang mula bercakap mengenai hak yang sama untuk semua kaum dan menuntut agama lain juga diberikan taraf yang sama dengan Islam.

"Di pihak pembangkang sekarang ini dia ada 89 kerusi, 21 PAS, kemudian DAP 38 kerusi, dan Keadilan pula selebihnya.

"Jadi kalau dicampur semua itu, orang bukan bumiputera lebih banyak daripada bumiputera dalam pembangkang.

"Sudah pasti rakyat melihat kalau pembangkang memerintah teras bumiputera itu akan hilang, dan setiap kali kita hendak memperjuangkan hak bumiputera, mereka kata rasis.

"Yang mereka memperjuangkan hak mereka tidak pula rasis," katanya.

Pada PRU-13 lalu, BN berjaya memperolehi 133 kerusi Parlimen sementara Pakatan Rakyat menguasai 89 kerusi.

Sementara pada PRU-12 pula, BN mendapat 140 kerusi manakala ketiga-tiga parti pembangkang (PKR, DAP dan PAS) yang selepas itu membentukkan Pakatan Rakyat mendapat 82 kerusi di Dewan Rakyat.

Biarpun terdapat trend yang meningkat pada PRU-13 untuk pembangkang, Shahidan bagaimanapun membayangkan PRU-14 adalah sebaliknya kerana  menjangkakan rakyat akan menolak parti itu yang dilihat semakin tersasar jauh dari perjuangannya yang sebenar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana