Najib pelawa orang ramai berkongsi idea mengenai Belanjawan 2014

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mempelawa orang ramai memberi pendapat dan berkongsi maklum balas mengenai Belanjawan 2014.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata maklum balas daripada orang ramai itu adalah selaras dengan komitmen beliau untuk membentuk belanjawan yang diinspirasikan oleh rakyat.
"Salam 1Malaysia! Tahun lepas idea dan saranan anda telah digunakan dalam beberapa polisi dalam Belanjawan 2013," katanya dalam entri terbaharu Facebooknya.

Belanjawan 2014 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 25 Oktober ini. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana